#BijakDiri . 19 PRINSIP KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY . 1. Jangan pentingkan diri sendiri . “Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran itu kepada saya tidak mustahak.” . 2. Kerja kuat untuk berjaya . “Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di bumi kita Malaysia. Ini kan Tanah Melayu. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya, kena kerja kuat tidak kira siang dan malam. Kita ada kekuatan yang Allah beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.” . 3. Jangan malu untuk berjaya . “Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya dan telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.” . 4. Anggaplah kekayaan itu hanya sementara . “Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan, kepada bangsa dan orang ramai. Jika kita kaya, kita hanya memegangnya hanya untuk sementara sahaja.” . 5. Lakukan amal yang baik . “Jika kita kaya, usahlah kita hanya menyimpan kekayaan itu untuk anak dan isteri sahaja. Duit itu tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi kita nanti, tetapi apa yang kita lakukan sekarang.” . 6. Bijak mencari peluang . “Saya perlu terus mencari peluang supaya saya terus dapat membantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.” . 7. Yakinlah & jangan takut dengan diri sendiri . “Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.” . Sambungan di bawah 👇👇👇 (Taman Jati Kuala Nerang) https://www.instagram.com/p/B_Ydl3ug2r4/?igshid=1t7wlsbdcm4bs














