BR1M 2018, Layakkah Anda Menerimanya
Pada awal tahun 2018 ini, boleh dikatakan semua sibuk membicarakan tentang program Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Ramai yang tak sabar untuk menerima duit BRIM.
Akan tetapi tahukah anda, tidak semua layak menjadi penerima BR1M. Ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh LHDNM dan perlu dipatuhi.
Akan tetapi dalam pada itu ada juga yang bertanya, masih bolehkah lagi untuk mohon BRIM. Terus terang saya katakan, tempoh untuk membuat permohonan baru dan kemaskini maklumat telah tamat.
Jika anda belum mengisi borang brim, anda terpaksalah menunggu Bantuan Rakyat 1Malaysia 2019. Kena mohon balik.
Sekarang ini masa yang sesuai untuk membuat semakan BRIM 2018 sahaja. Akan tetapi jika nama anda tiada dalam semakan status ataupun gagal, anda masih boleh membuat rayuan. Tarikh rayuan akan diberitahu kelak.
Semakan BRIM sekarang ini sudah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya membuat semakan secara online, semak brim menggunakan aplikasi mobile samada menggunakan platform android ataupun IOS.
Sungguh mudah dan simple sekarang.
Jadi cuba semak, berjayakah anda











