CINTAI BUKU
Kenapa ‘Cintai Buku’ menjadi tajuk?
Sebelum tu, kita telusuri dulu makna ‘cinta’ yang diketengahkan dalam teks ini.
Pertama,
Apabila kita mencintai seseorang, pasti kita akan cari tahu mengenai seseorang itu dengan lebih dalam lagi. Ayat yang mudah, kita ‘kupas’ orang itu.
Kupas disini bermaksud, kita cari tahu, kita selidiki, kita siasat mengenai orang itu seperti contoh, ambil subjek apa, dia selalu dengan siapa, favourites dia apa, dan banyak lagi [anda lebih tahu ;)]
Begitu juga dengan buku. Bila kita mencintai buku, kita akan kupas isi yang ada dalam buku itu, kita kupas ilmu yang diceritakan dalam buku itu. Bila kita kupas, secara tak langsung, kita memperolehi ilmu pengetahuan. Bagaimana tu? Kita perlulah baca buku tu dahulu, baru kita dapat kupas. Betul tak?
Tak semestinya buku-buku motivasi, ilmiah, agama saja yang berisi ilmu pengetahuan. Sesetengah buku novel seperti novel romance juga ada terselit ilmu.
Kedua,
Apabila kita mencintai sesuatu, pasti kita akan jaga betul-betul sesuatu itu kan? Begitu juga dengan buku. Dengan mencintai buku, kita akan menjaga buku-buku itu dengan baik, kita ‘lapis’ buku itu supaya tidak kotor, kita simpan ditempat yang elok dan tinggi supaya adik kita yang kecil tidak akan merosakkannya. Ini, secara tidak langsung, kita juga sedang menjaga ‘ilmu’ yang ada di dalam buku itu supaya tidak kita sia-siakan. Supaya ilmu yang telah kita perolehi itu mendapat berkat daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Berbalik kepada persoalan asal, Kenapa ‘Cintai Buku’ menjadi tajuk?
Daripada apa yang sudah diterangkan diatas, mungkin ada sedikit idea yang muncul dalam minda anda.
Sebenarnya tajuk ini dipilih adalah kerana untuk menggalakkan masyarakat supaya mencintai buku, menjaga buku dan menghargai buku. Bila kita ada sifat-sifat ini terhadap buku, kita akan cenderung untuk membaca buku. Kerana seseorang yang mencintai buku, tidak akan mensia-siakan buku tersebut.
Jadi, sebelum kita hendak menyuruh seseorang itu membaca buku, kita perlulah beri mereka kesedaran untuk mencintai buku. Dan dari situ, segalanya bermula...











