KUNJUNGAN KE PAMERAN PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PERINGKAT ASIA 2017 - EduTECH Asia 2017 YANG MELANGKAUI ZAMAN .: • Wow! Sejurus melepasi pintu gerbang untuk masuk ke ruang pameran, kami disambut oleh replika robot dan di suatu sudut dipenuhi dengan pelajar-pelajar generasi Z menyertai pertandingan merekacipta robot. Ini merupakan suatu pemandangan yang luar biasa. .: • Pempamer-pempamer seluruh Asia dan terdapat juga pempamer dari UK dan USA berhimpun di bawah satu bumbung untuk mempromosi dan ‘create awareness’ tentang produk-produk yang dicipta selari dengan perubahan pendidikan serta teknologi menerusi fasa Abad ke 21. Sungguh menginspirasikan! .: • Produk-produk yang dipamerkan sangat berdaya saing dan sejajar dengan keperluan para pendidik serta pelajar dalam persediaan menempuh arus pemodenan teknologi yang lebih menjurus kepada penggunaan internet. Tawaran penggunaan aplikasi pendidikan untuk tujuan pembelajaran dan juga pengurusan turut disediakan untuk telefon pintar, iPad, laptop mahupun komputer peribadi oleh para pempamer. .: • Bayangkan betapa mudahnya para pendidik pada era akan datang apabila tiada lagi kertas yang perlu ditanda. Masa pula banyak dapat dijimatkan dan dengan pantasnya tahap pelajar dapat diketahui sejurus mereka menduduki ujian sukatan subjek menerusi aplikasi yang dibekalkan oleh syarikat yang merekaciptanya yang telah mendapat ‘endorsement’ dari pihak MOE. .: • Terlalu banyak ingin dikongsikan... Kami sangat bersyukur dengan peluang yang diperolehi ini. Kami akan usaha untuk hadamkan segala informasi dan peluang yang diperolehi menerusi pameran ini untuk kami cipta peluang kepada generasi anak bangsa di masa akan datang. Inshaa Allah... .: • #CoachDayu #EduTECHAsia2017 #EduTECHAsia #SuntecCity #Singapore #Singapura #PameranPendidikanTeknologi #EduTECH #SuntecExhibition #EducationExhibition #SuntecConventionExhibition #EducationTechnology #Robotic #Robot #Learning #workshopsg #DigitalMaker (at Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre)















