Berakhir sudah percutian kami selama 3 hari 2 malam bersama keluarga dan kawan2 yang datang dari pelbagai pelusuk . Banyak yang ingin kami kongsikan bersama anda dan bertapa seronoknya dapat menyertai segala aktiviti yang disediakan oleh pihak resort . Kami melihat kelip2 sungai Cherating yang sangat istimewa , terpegun melihat cara En Hafiz berkomunikasi dengan kelip-kelip , ibarat magic semua datang ke arah beliau .. dan kami dapat peluang menyentuh kelip-kelip di waktu itu , Hari kedua kami di bawa melawat turtle sanctuary , merasai sendiri pengalaman membuat keropok lekor ,melawat pasar ikan segar di Kemamam , bermain sukaneka bersama family dan juga sea rafting. Bagi yang sukakan keindahan alam kami mengikuti aktiviti mangrove , sekali lagi kami di bawa melayari sungai cherating melihat pokok-pokok bakau yang tak pernah kami lihat dengan suasana yang sangat nyaman , dengan angin yang sejuk dan bunyi deru air sesuatu yg indah untuk di kenang . Bagi yang menyukai aktiviti mencabar pula, boleh mencuba aktiviti Muck Dive Scuba. Kita akan belajar secara basic tentang bagaimana untuk menggunakan peralatan scuba , dan petang hari melepaskan anak penyu ke tempat asal mereka .. Banyak lagi yang kami ingin kongsikan , Cerita selanjutnya, pd entri di blog kami.. Jgn lupa Follow blog kami.. Terima kasih tak terhingga : - The Legend Cherating Beach Resort www.legendresort.com.my - Hafiz's Cherating Activities http://hafizcheratingactivities.blogspot.com - Muck Dive Scuba : https://www.instagram.com/hazrineshark/ #legendcherating #cosmoderm #ilovemyskin #dontleavehomewithoutcosmoderm #cosmodermhalal #pengembaraancosmoderm #cosmodermdicherating #zingplus #zing+ #detergentfilm #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #kembaraKBBA9 #familydaykbba9_2017 #VisitPahang2017 #dekatje #TourismMalaysia











