Mintalah kepada Dia, nescaya Dia perkenankan. Mengapa perlu ragu ? Sedang Nabi juga yakin menadah tangan tika meminta Tuhan beri hidayah kepada salah seorang Umar . . Dan, Dia perkenankan! Umar Al-Khattab . . Ustaz Dusuki pernah sebut dlm ceramahnya,"2 benda paling power dlm dunia tetapi org selalu pandang sebelah mata, selalu tak heran lagi tak peduli, iaitu sedekah dan doa" . . Oh. Menyedihkan. Benda paling simple dlm dunia. Doa. Hanya menutur apa yg diminta. Peluang bercakap dengan Tuhan yg mencipta manusia. Meluah rasa mengungkap kata hati di hadapan satu-satunya Tuhan yg Esa yg menjadi tempat sekalian makhluk hatta semulia-mulia Nabi utk meminta . . Tp, kita masih ego. Masih bongkak. Masih malas. Masih tak mahu. . . Entah manusia serupa apakah kita ini ? . . Rasa sudah cukup semua ? Tidak mungkin! Mustahil. Sbb hari-hari kita merintih dan merungut masih tidak cukup yg ini, masih tidak dpt yg itu . . Berasa berdosa dgn Tuhan lantas segan nk meminta apa-apa melalui doa ? Duhai! Jgn begitu. Tuhan tempat kita meminta. Jika tidak pd Dia, pd siapa lagi yg mampu memberi apa-apa yg kita perlukan ? . . Tiada! Maka, tidak mesti tidak, hanya kepadanya kita kembali, tempat utk merujuk, merayu dan meminta. Biarlah dosa setinggi awan, biarlah noda yg terpalit pd diri itu lagi luas dari alam galaksi bima sakti. Biar! Biar! . . Bukankah Tuhan sudah menjanjikan keampunan kepada sesiapa sahaja yg bertaubat ? Asal sahaja dosanya bukan mensyirikkan Tuhan dgn sesuatu yg lain . . Mintalah kepada Allah. Dia sahaja yg tahu segalanya 😊 #DnT #DaieForUmmah #PrayForUmmah #LensaDaie #LensaIbrah #TheDaiegraphy #TheTarbiyyah #Islamic #Deen












