Ceramah Islam Bukan Sekadar Nama - Dato' MAZA #DrMAZA #MuftiPerlis #Mufti #Perlis (at Perlis Indra Kayangan) https://www.instagram.com/p/CRY41ZEBRA5/?utm_medium=tumblr
seen from United States

seen from United States
seen from United States

seen from Italy
seen from China
seen from Greece
seen from South Korea
seen from United States
seen from China
seen from United Kingdom

seen from Malaysia
seen from Poland

seen from Georgia
seen from United States

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from Singapore

seen from Georgia
seen from Georgia
seen from Germany
Ceramah Islam Bukan Sekadar Nama - Dato' MAZA #DrMAZA #MuftiPerlis #Mufti #Perlis (at Perlis Indra Kayangan) https://www.instagram.com/p/CRY41ZEBRA5/?utm_medium=tumblr
siapa ada di Madinah skaarang ni? petang ni jemput la datang kat Dewan Makan Hotel Nozol Inn. • • #Repost @nick_komy ・・・ Insyallah kita jumpa petang ni yaaa #sambutanramadan #drmaza #jemputsemua (at Nozol Al-Falah Hotel)
berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama ‘spouses and partners’.
Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapitrend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.
Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agakabstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.
Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.
Anti-Cinta
Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.
Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.
Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.
Jatuh Cinta
Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)
“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)
Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.
Rayuan Cinta
Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:
“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.
Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?
Dua Kekasih
Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).

Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.
“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).
Haram
Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?
Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!
Dr. Asri: Apabila Semua Bercakap Menggunakan Nama Islam. Islam Anda Tafsiran Siapa?
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/09/21/langkah-saari-tidak-wajar/
Langkah Saari tidak wajar
KUALA LUMPUR, 21 September:
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin, menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, yang bercanggah dengan pendirian PAS, adalah tidak wajar.
Beliau merujuk kepada tindakan wakil rakyat itu yang menyokong pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.
“Pada saya, itu langkah songsang. Namun, itu ijtihad politik beliau dan barangkali beliau ada alasan tersendiri,” ujarnya.
Mohd Asri tidak bersetuju dengan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Saari menerima rasuah untuk menandatangani surat sokongan Wan Azizah sebagai MB Selangor.
Ini kerana, tegasnya, Saari adalah seorang yang berilmu dan berakhlak seperti diketahui ramai sejak dulu lagi.
Malah, Mohd Asri melalui kenyataan yang disiarkan di Facebooknya berkata, Saari juga dikenali sebagai seorang umat Islam yang komited dengan gelaran Abu ‘Urwah.
“Saya lebih tidak bersetuju sesiapa menuduh beliau mengambil rasuah untuk membuat sokongan itu. Saya yakin, itu bukan akhlak peribadi beliau.
“Tuduhan seperti itu, apatah lagi ia dibuat di khalayak awam, memerlukan bukti yang pasti, kerana ia mencemarkan maruah seorang Islam yang sekian lama dikenali dengan susila baik,” katanya.
Sebelum ini, tindakan Saari dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin bersama 28 ADUN DAP serta PKR, menyuarakan sokongan mereka kepada Wan Azizah, dikritik pelbagai pihak, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Teruntuk tuan dan puan yang sedih hatinya …
—-
Tuan-tuan tengoklah dunia ini. Kadang-kadang tuan-tuan, manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia, kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.
Saya nak sebut tuan-tuan, berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan, kita rasa tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.
Ketika kita ditimpa musibah tertentu.. Kita kata, “Habislah aku kali ni.” Tapi usia kita telah berjalan. Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurnian hidupan ini.
Ketika kita kata, “Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah.” Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu. Dan kadang pun kita lupa bersyukur, di atas ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
~ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin video : http://www.youtube.com/watch?v=bogyV4Wt3UQ
*postingan ini diambil dari izzulputra-tumblr.