Dalam Islam, setiap kegiatan yang dilakukan, besar atau kecil, penting atau kurang penting, biasanya diajarkan untuk memulainya dengan doa. Termasuk dalam bercermin, sangatlah penting bagi setiap orang yang menghendaki kebaikan hidup. Paling tidak terdapat empat makna penting dari doa bercermin, iaitu: -Kesedaran bahawa tubuh & penampilannya adalah pemberian Allah; -Rasa syukur telah diberi oleh Allah fizikal yang sempurna; -kesedaran bahawa fizikal atau tubuh itu hanyalah “wadah”, -Memohon kepada Allah agar diberi akhlak yang baik kepada tubuh yang telah diberikan. 'Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah. Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, & amal kebajikan Dia akan mengangkatnya. Adapun orang-orang yang merencanakan kejahatan mereka akan mendapat azab yang sangat keras, & rencana jahat mereka akan hancur' (Al-Faathir 35:10) Perkara yang perlu diingat oleh setiap orang pada saat bercermin adalah, sebaiknya bertanya pada diri sendiri, -Dengan penampilanku ini, layakkah aku mengundang simpati, disukai, dicintai & dikagumi orang sekeliling? -Dengan penampilanku ini, layakkah aku dimurahkan rezeki oleh Allah, & mendapat kemudahan dalam pekerjaan. -Dengan penampilanku ini, layakkah aku menjadi teladan bagi anak-anakku? Dengan bertanya pada diri sendiri hal-hal di atas, maka seseorang akan terdorong untuk memperbaiki penampilannya & memperbaiki perbuatannya atau akhlaknya sehingga ia disukai orang sekelilingnya, dimudahkan rezeki & jalan hidupnya oleh Allah s.w.t. InshaAllah kejayaan hidup lebih dekat denganNya. Semoga Allah s.w.t senantiasa memberikan Taufiq & HidayahNya kepada kita. Amiin #thedaiegraphy #muslimvolunteermalaysia #abuhanifah #disebalikpintu2 #dsp2 #malaysianmuslim #akudaie #akunakpesan #vscomalaysia #twt_insta #ikutcarakita #igersselangor