Sejak kecil, Abu dididik untuk belajar bersungguh-sungguh, dapat straight A dalam UPSR, PMR dan SPM. Abu bukan sahaja berjaya mendapat biasiswa dari syarikat yang terkemuka di Malaysia, malahan Abu di terima untuk sambung belajar di Universiti terkenal di United Kingdom. Setelah menamatkan pembelajaran dengan cemerlang, Abu kembali untuk berkhidmat dengan syarikat terkemuka tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya selama 10 tahun (bonded) kerana telah menerima biasiswa dari syarikat itu. Siang malam Abu bekerja bersungguh-sungguh sambil sambung belajar ijazah sarjana (master degree) dan mendapat keputusan yang cemerlang juga (mana tak ye, Abu kan pelajar pandai). Setelah bekerja selamat 8 tahun di syarikat terkemuka tersebut, Abu memiliki sebuah rumah condo dan kereta sederhana dengan gaji bulanan RM8,500. Alhamdulillah, Abu tergolong dalam kumpulan B40 di Kuala Lumpur. Abu memang bijak, jadilah seperti Abu. Esok, kita akan share pasal Ali pulak ye… #ertihidup #worklifebalance #goodleadership #Malaysiaku (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CWULT1JvY65/?utm_medium=tumblr





