~Selamat Menyambut Nuzul al-Quran~ Bersempena peristiwa turunnya al-Quran ini, pada 17 Ramadhan, marilah kita sama-sama menghayati & merenung kembali akan besarnya nikmat kemukjizatan al-Quran kepada kita semua. Jadikanlah al-Quran sebagai pedoman dan panduan dalam menempuhi ranjau kehidupan. Kerana semuanya terkandung di dalamnya. Firman Allah swt: مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْء "Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini;" [al an'am:38] Yang tinggal hanyalah untuk kita mengaji dan menuntut ilmu mendalami al-Quran. Bawalah al-Quran kemana jua kita berada, supaya kita mampu berakhlak sepertimana yang diajarkan di dalamnya. Kata Aisyah r.ha apabila ditanya bagaimanakah akhlak Baginda saw, jawabnya: كان خلقه القران "Akhlak Baginda saw adalah al-Quran" Berselawatlah kepada baginda dan sentiasalah merindui baginda kerana melalui perantaraan bagindalah seluruh umat manusia beroleh rahmat dan berkat keagungan al-Quran sehingga ke hari ini. #kelabbloggerbenashaari #kbba9 #kbbaborneo #exchangefeedgroup #nuzulalquran #mreenadotcom ❤❤❤www.mreena.com❤❤❤