Aku belajar melupakan kisah silam yang sarat dengan dendam dari api yang tak mungkin pernah padam. . Aku belajar mengharungi hari ini yang penuh dengan teka-teki kerana waktu belum lagi terhenti. . Aku belajar menghargai hari esok yang banyak lagi tersorok memanggilku untuk menjenguk. . Aku berlari jauhnya tak bertepi tak ku peduli kaca dan duri yang melukai diri. . Aku melangkah dalam keadaan pasrah tak ku hirau harapanku musnah yang membuat ku tabah. . Aku belajar mencintai dan dicintai, menerima dan memberi, tertawa dan menangis setiap detik dan setiap hari dari semua yang telah ku pelajari. 🍂 . #HatiRemaja #GadisSemasa













