Wida' kami. Duit masih aku pegang. Nanti aku sampaikan pada atasan. Terima kasih, semua.. dari awalnya aku datang, membonceng dan menumpang sehinggalah sekarang masih juga sama. Terima kasih, buat penasihat yang berusaha memahami aku yang kes khas ni. Pertama kali berjumpa, dia perhatikan aku pada hematnya, aku ni lain macam. Aku faham, bukan sekali orang lain suarakan. Abah, ibu, teman sekuliah, teman sekereta pun setuju. Syaza bukan sister yang stereotaip katanya. Mana mungkin sama. Jalan yang aku lalui aku suluh dengan lampu lain. Kebanyakan kamu mendapat suluhan yang hampir sama. Bestlah kan gitu. Aku hargai penasihat kerana berjaya membina keyakinan dirinya untuk menerima aku. Aku pun bukan jenis yang suka mengecewakan orang. Sebab aku sensitif. Bilamana aku tahu ada orang down sebab aku, aku pun sakit sama, 2x ganda. Manusia ni kan complicated? Banyaknya ragam manusia buatkan aku penat. Seorang aku sahaja sudah buat orang pening. Belum lagi sepuluh orang aku. Maaf untuk itu. I learn that it's impossible to make someone your photocopy. Everyone is raised differently, and not all hold the same school of thoughts. Each of us is special and we complete each other. Friends, till we meet again.