Perjalanan menuju ke first check point kami di Pakhding. Jarak dari Lukla Airport ke Himalaya Lodge pada jarak 9km. Memandangkan team kami ini santai-santai sahaja, keseluruhan masa di ambil sekitar 6 jam termasuk rehat makan tengahari dan solat. Selain itu, sepanjang perjalanan terdapat byk pemandangan menarik yang pasti tidak mahu dilepaskan. Akan berhenti untuk mengambil gambar sebagai kenangan juga utk menikmati dengan mata keindahan ciptaan Allah swt yg Maha Besar. Di perjalanan, dapat kita perhatikan kekuatan orang tempatan untuk memikul barang ke atas, dari pelbagai barang sehinggalah kayu seperti dalam gambar. Yak juga banyak digunakan untuk mengangkut barang-barang ke atas atau destinasi tertentu. "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". #nepaltrekking #himalaya #namcheebazaar #himalayalodge #trekking https://www.instagram.com/p/Ch3Uv2TBj7H/?igshid=NGJjMDIxMWI=










