Never look back unless theres a booty behind you. 🍑 #boracay #itsmorefuninthephilippines #beachdays #iloveboracay #philippines #islandlife (at Boracay Island) https://www.instagram.com/p/Bzvc0xlHqjNi8yb0g_jOLuZf6LQDH60iIVfEMw0/?igshid=rfvqxv04c3f5
seen from Malaysia
seen from Sweden

seen from Italy
seen from Malaysia
seen from United Kingdom

seen from Malaysia
seen from United States

seen from United States

seen from Italy
seen from United Kingdom
seen from Malaysia
seen from Türkiye

seen from United States
seen from United States

seen from Switzerland

seen from Singapore
seen from United States
seen from United States

seen from United States

seen from United Kingdom
Never look back unless theres a booty behind you. 🍑 #boracay #itsmorefuninthephilippines #beachdays #iloveboracay #philippines #islandlife (at Boracay Island) https://www.instagram.com/p/Bzvc0xlHqjNi8yb0g_jOLuZf6LQDH60iIVfEMw0/?igshid=rfvqxv04c3f5
I’m all about palm trees and 80 degrees! 🌴🌴🌴 #boracay #itsmorefuninthephilippines #philippines #happyplace #iloveboracay (at Boracay Island) https://www.instagram.com/p/BzuoYSQn-gYRjb5rtlXG4FhnH0nJNokZprafpQ0/?igshid=2wb9hpahoryw
I Love Boracay 😍😎😘 #iloveboracay #sandcastle #boracay #philippines #closingisnear #closure #cleanup
Boracay😍😎😘 #iloveboracay #closingisnear #nightlife #sandcastle
#wow si idol @boracayFoundation ambassador. #awesome!!! #boracay #beachlife #iloveBoracay (at Singapore)
Tips melancong ke Boracay
1. Semak kalendar sebelum book tiket
Lihat dahulu bulan yang ingin dilawati. Elakkan datang sewaktu musim lembap (Jun-Oktober) walaupun tiket dan penginapan ditawarkan jauh lebih murah. Kenapa perlu sehingga sanggup berjimat demi mengejar kos yang lebih murah? namun akhirnya hanya terperuk di dalam hotel merenung hujan sambil menangis di bucu katil. Pasti tak mahu kan? Nightmare!
2. Elakkan pergi ketika musim panas-sepanasnya
Elakkan juga pergi ketika musim sangat panas (Mac-April) terutama jika anda agak ‘lemah lembut’ apabila terdedah terhadap kepanasan terus. Bagaimana juga ingin membuat begitu banyak aktiviti pantai dan laut jika kita agak lemah dan sering tumbang tumpas kepada kepanasan?
3. Segala jenis sun protector. Or atleast bawa satu!
Saya pakai ini.. Aqua Sun Gel.. SPF 50 je gitu
Ohhh yee…. Untuk wanita-wanita, bawalah sunblock, sunscreen, aquasun atau apa-apa sahaja untuk menapis pancaran matahari kerana kita takkan berada di bawah payung selama-lamanya di pantai! Tapi jangan bimbang, Banana Boat banyak boleh didapati di sana!
4. Book hotel awal-awal terutama jika terbeli tiket di musim puncak
Sebaiknya book hotel awal-awal setelah membeli tiket penerbangan, kerana bimbang harganya mampu melipatkan kecil-kecil duit dalam poket anda jika tempahan telah lewat, terutama ketika musim puncak.. hwaaaaa!!! Jangan bimbang, banyak booking agent yang membolehkan pembayaran dibuat hanya seminggu sebelum anda berangkat ke Boracay! Jadi punya banyak masa untuk membuat penjelajahan penginapan di alam maya! Grab that chance, babe!
5. Semak ye lokasi hotel tu dulu tau!
Pastikan menyemak dahulu lokasi di mana anda ingin menginap selama berhari-hari kelak. Tak salah untuk memilih tempat penginapan bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan hati kerana bimbang apabila telah sampai ke sana anda menyesal sama ada hotel dipilih terlalu ‘diam-diam’ atau terlampau ‘bising-bising’!
6. Makanan? Cari yang halal atau angkutlah dari Malaysia!
Bawalah makanan jika anda muslim yang mementingkan hal halal-haram sebelum menelan sesuatu. Lagipun bawa makanan boleh menjimatkan poket anda hihihihi.. Tapi jangan bimbang, makanan halal juga ada di beberapa restoran di sana. In syaa Allah tetap tak lapar, janji hulurkan duit saja hihi..
7. Serap semua informasi tentang Boracay sebelum pergi ya!
Baca.. baca.. dan baca dahulu banyak informasi berkaitan perjalanan ke Boracay kerana anda mungkin tersentak dan kepam-kepam dalam perjalanan yang sangat panjang kelak!
8. Baca dan ambil peta semasa di Jeti Caticlan tu! Percuma!
Bacaaaaaa… bacaaaaa… bacaaaa lagi tempat yang ini anda lawati. Buat perancangan awal supaya anda boleh menyertai banyak benda terutama jika anda pelancong Asia yang kebiasaannya tidak memperuntukkan masa berbulan-bulan untuk melancong!! Jika pelancong negara Uncle Sam contohnya, ada yang tinggal selama dua tiga bulan di sana. Dua tiga bulan??? Fuhhhh.. kesat peluh di dahi kami jika memikirkan budgetnya kan kan kan??
9. Sediakan duit kecil untuk tipping sepanjang di Boracay
Sediakan wang kecil-kecil sebagai tips! Mungkin 20p sesuai untuk pemandu tricycle, 50p untuk pengemas bilik dan mungkin 100p untuk aktiviti-aktiviti yang anda akan sertai!
10. Booking agen perlancongan jika perlu
Jika dapat, pilih seorang agen yang menguruskan aktiviti laut anda supaya dia boleh tolong membantu mengambil gambar, menjaga beg dan semestinya mengurangkan masa anda tawar menawar. Jika tidak, kita mungkin terperangkap juga dengan kos yang tetap mahal walaupun telah berbuih-buih mulut tawar menawar harga. Ini sangat penting terutama jika anda berurusan direct dengan promoter-promoter pelancongan yang seperti ulat nangka ramainya menguit-nguit di sana!
11. Ambil berat pakaian yang ingin di bawa agar ringan ketika di sana!
Pakailah pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan. Bawalah pakaian renang jika ingin ke laut kerana ombaknya pun dah cukup membasahkan sebahagian besar kaki jika ingin naik ke atas bot sahaja!
12. Beli saja keperluan air dan pantai di Boracay
Tak perlu membeli wet bag, diving bag, pembalut handphone kerana ia ada dijual di merata-rata kawasan waima di tepi toilet. Jangan bimbang, harganya lebih murah dari di beli di Malaysia! Tambahan pula dengan warna-warna pilihan yang comelnya ya Rabbi!!
13. Pilih masa sesuai untuk menonton sunset, atau anda mungkin terlepas golden moment jika terlewat sampai!
Jika ingin melihat matahari jatuh? Datanglah dan lepak-lepaklah di pantai pada pukul 5.00 petang kerana matahari jatuh sekitar 5.30 petang dan sangattttt pantas jatuhan itu menjunam ke laut!
14. Money matters! Emmmpphhh..Penting nih!
Haaaaaa.. duit untuk ke Boracay perlu dibahagi-bahagikan terlebih dahulu. Simpan duit untuk perjalanan datang, untuk aktiviti dan terpenting untuk pulang. Kerana perjalanan pergi dan balik agak panjang dan bertukar-tukar kenderaan dari trycyle, kepada bot kepada van atau kepada bas. Jangan lupa juga, banyak taxes dikenakan terutama di lokasi sebelum bot berlepas!!! Seakan duit lagiii dan lagiiii.. ememmmmmmmmpphhhxx!
15. Bawa bekal makanan (bities) untuk kunyahan terutama jika anda senang loya-loya
Kepada yang agak gayat ketika menaiki aktiviti payung terjun atau mudah pening-pening menaiki bot, bawalah sesuatu untuk dimasukkan ke mulut bagi mengelakkan ‘sesuatu’ yang lain pula keluar dari mulut anda selepas itu! Huhhh..pasti tak seronok jika muntah-muntah kan? Mood pun pasti habis dan terbenam dalam laut biru di sana!!
16. Bawalah alas kaki yang sesuai (Cantik tak penting janji selesa!)
Bawa kasut bersesuaian jika ingin hiking, dan hiduplah dengan slipper jepun di pantai. Kerana pantainya sangat cantik, sangat bersih sehinggakan slipper jepun pun memadai kerana kecantikan pantai pasti menenggelamkan kecantikan di kaki kita hiihihiihihihi..
17. Skil tawar menawar, maka gunakan sepenuhnya disini!!!
Skil menawar mungkin boleh digunakan ketika membeli belah di sana. Satu lagi, banyakkan bersabar kerana mungkin selang dua minit anda akan disapa penjual spek mata, topi, surf bag, handphone casing, air soya dan sebagainya! Ibarat road relay mereka pass baton bertanya-tanya adakah kita mahu membeli. Jika 10 kali mungkin boleh bersabar, namun jika 50 kali kuatkan semangat sabar jika asyik di tanya “mahu beli topi mahu beli topiii?” Namun menolak baik-baik dengan senyuman sudah cukup membuatkan mereka beredar. Jadi praktislah untuk sentiasa tersenyum sebelum pergi, lagipun senyuman itu satu sedekah kan? Kan? Kan? (sedekah dengan kos 0 peso! Amazing!!!)
18. Must bring items
Bawalah ubat-ubat, minyak angin, minyak kapak, handy plast dan sebagainya sebagai bekalan. Wallahualam perlu digunakan tanpa sedar kan?
19. Masa terbaik ke Mount Luho
Waktu terbaik untuk ke Mount Luho adalah di waktu pagi. Jadi? Cuba berarak sendiri mendaki bukit itu untuk mendapat privacy dikala orang lain masih tidur-tidur. Jika tidak, pasti anda sampai ke sana dengan penuh pelancong di atas itu. Nak dapat spot cantik untuk selfie pun payah nanti tau!
Enjoy your day, there! Jangan fikir panjang-panjang dan bukan-bukan. Rasakan kecantikan Boracay!
Cherish, Wassalam!
�)�