Dengan berkonsepkan "Alunan Pop Rojak Moden", 3 orang anak muda kelahiran Sri Aman ini telah menubuhkan sebuah kugiran yang diberi nama Kugiran A. Sazali (bersempena dengan nama ayah mereka). Lebih menarik, ketiga-tiga anak muda ini adalah adik-beradik kandung yang pada mulanya tidak pandai bermain sebarang alat muzik, namun dididik oleh ayah mereka sendiri sehingga berjaya.
Band yang ditubuhkan sekitar tahun 2009 ini dianggotai oleh Wan Purong (gitarist utama), Ejai (drum) dan Maman (bass,synth,vocal). Dalam tahun 2017, Kugiran A. Sazali ini telah mengeluarkan EP yang memuatkan beberapa buah lagu seperti:
- Engkau Aku Atau Orang Luar
- Terbang Tinggi Ke Langit
Berkenaan dengan EP ini, keseluruhan proses pembuatan lagu ini dibuat secara DIY oleh mereka sendiri. Kalau tidak silap, EP mereka telahpun habis dijual. Namun masih boleh didapati melalui account Facebook mereka.
Inilah yang kita mahukan ! 👍🏻
Kugiran A. Sazali ini telah banyak mendapat undangan bermain gig di sekitar Sarawak dan telah membuat 'tour' di sekitar Semenanjung Malaysia. Terbaru, kugiran ini akan membuat persembahan di Pesta Benak yang akan berlangsung pada 11 Ogos nanti di tempat kelahiran mereka iaitu di Sri Aman, Sarawak.
Dalam sesi temubual dengan indizz yang lalu, kugiran ini menamakan band Wildhorse (Sarawak) , Foals dan Two Door Cinema Club sebagai inspirasi utama mereka.Anda pasti terpukau dengan aksi dan irama muzik yang diperjuangkan oleh Kugiran A. Sazali ini.
Goodluck Kugiran A Sazali. Kami di INDizz akan setia menyokong perjuangan muzik indie anak-anak tempatan Sarawak.
Hubungi mereka di facebook:
Kugiran A. Sazali, Sri Aman. 898 likes. sebuah kugiran yang berasal dari sri aman, sarawak yang dianggotai oleh tiga orang adik - beradik .