Tahi Suci
TAHI SUCI merupakan sebuah band yang berpaksikan genre grindcore dan berasal dari bandar Bintulu, Sarawak. Band ini diasaskan oleh Pendekar Mustar pada tahun 2013. Pada asalnya ianya cuma sebuah projek solo dan dibuat secara suka-suka. Namun oleh kerana penerimaan yang positif di kalangan peminat muzik ekstrim tempatan, band yang pada mulanya bergerak secara solo kini membentuk menjadi sebuah band lengkap.
Line up terkini band ini dibarisi oleh beberapa anak muda iaitu Pendekar Mustar (vokalis), Young Arif (drummer), Azrul (gitaris) dan Fareez (bassist). Band ini telahpun meriliskan beberapa material seperti CD demo berjudul "Grinding Syiah Bastards" dan terkini EP "Saya Yang Enggan Menurut Perintah" yang telah dilancarkan pada 3 Mac lepas semasa gig Miri Extreme bertempat di Alice In Borneoland.
Kini band Tahi Suci semakin aktif menerima undangan ke pelbagai gig di sekitar Sarawak. Mengikut perancangan mereka, band ini juga berminat untuk beraksi di luar Sarawak seperti di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah jika diberi peluang.
Antara beberapa gig yang pernah mereka sertai ialah Burn The School Bus (Bintulu), Sarawak Metal Regime (Sibu), Pesta Kumpulan Gitar Rancak (Mukah) dan beberapa lagi yang tidak tercatat di dalam biografi mereka. Akan datang mereka akan menyertai festival mini Sarawak Metal Regime 2018 bahagian kedua, bertempat di Borneo 744, Kuching.
Jika berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang band ini, sila lawati page Facebook mereka di:
TAHI SUCI, Malaysia. 1,629 likes · 17 talking about this. TAHI SUCI (means "holy shit" in English) is an experimental grindcore band hailed
Selamat maju jaya Tahi Suci. Majulah grindcore untuk negara! 🤘









