NON FARM PAYROLL (NFP) . Apa itu NFP? . Pada setiap awal bulan, Biro Statistik Buruh US akan mengeluarkan laporan pekerjaan US yang akan memberikan gambaran perubahan pekerjaan di dalam Amerika Syarikat. Laporan ini dapat memberikan penunjuk kepada peniaga sama ada ekonomi Amerika Syarikat berkembang di mana secara langsung ianya mempengaruhi keputusan pihak pembuat dasar seperti Rizab Persekutuan AS. Laporan pekerjaan yang dikeluarkan pada hari Jumaat setiap awal bulan adalah Non-Farm Employment Change (NFE) yang juga dikenali sebagai Non-Farm Payrolls (NFP), Unemployment Rate serta Average Hourly Earnings. . US Nonfarm Payrolls (NFP) mengukur perubahan dalam bilangan orang yang baru bekerja di Amerika Syarikat, tidak termasuk pekerja dalam industri perladangan. Pertambahan peluang pekerjaan adalah penunjuk utama perbelanjaan pengguna yang menyumbang majoriti aktiviti ekonomi secara keseluruhan. . Kadar Pengangguran (Unemployment Rate) merupakan peratusan daripada jumlah tenaga kerja yang tidak bekerja dan aktif mencari pekerjaan pada bulan sebelumnya. . Purata Pendapatan Setiap Jam (Average Hourly Earnings) pula merupakan kenaikan dalam purata pendapatan yang juga merupakan faktor penyumbang kepada inflasi pengguna. Apabila majikan membayar lebih kepada pekerjanya, kenaikan kos secara tidak langsung akan dipindahkan kepada pengguna. . Bacaan yang lebih tinggi daripada ramalan pasaran adalah bullish untuk USD. . USD dan emas saling berhuung kait.. jika USD melemah (turun), Emas akan menguta (naik) dan begitu juga sebaliknya... . Kurang sejam lagi NFP akan berlaku.. sama2 kita nantikan.. . #fadlibadri Public Gold Dealer 017 - 276 3687 . #emas #emasvsusd #emaskalisinflasi #tipsemas #pelaburanemas #infoemas #nfp