[INFO] SATU PERKONGSIAN. Pada mulanya, minyak wangi tidak berani menggunakan vetiver sebagai komponen utamanya. Tapi, semua ini berubah selepas tahun 1950an. Akar ramuan herba rumput vetiver ini digunakan secara meluas sebagai agen aromatik dalam perubatan, Rumput itu sendiri diyakini mampu memberi kesan untuk menenangkan diri yang sangat hebat. Ia juga memiliki aroma masculine yg sangat luar biasa. Kini, komposisi aroma vetiver sangat popular di kalangan lelaki dan wanita. Ia mula di kelaskan sebagai keberanian, dominan dan seksualiti yang menarik. Haruman vetiver adalah misteri dan ia mendedahkan dirinya secara berperingkat, dalam nada yang lebih rendah. Ia memberikan rasa manis, nada tengah - warna berdebu, dan nota atas sedikit pahit. Vetiver sangat hebat berkolaborasi dengan mana-mana citrus, geranium, sandal, rose, ylang-ylang, angelica, nilam, kayu manis, lavender, sage, rosewood dan pala. Antara perfume terkenal membawa aroma vertiver adalah bvlgari aqva tonic dan CK in2u him. Tapi, bila creed mengumumkan original vertiver dalam koleksi keluaranya, vetiver seolah2 mengimumkan kepada dunia yag dia bukan lagi sebarang rumput yang boleh dipandang sepi. Ia harus dihormati, dibelai manja dan didambakan oleh semua pencinta perfume. • (Article ini hasil pandangan peribadi Amirperfume untuk berkongsi ilmu dan maklumat mengenai aroma perfume. Amirperfume tidak mewakili mana mana syarikat, organisasi atau brand perfume yang khusus. Amirperfume juga tidak menerima sebarang bayaran, saguhati atau sebarang habuan pengiklanan hasil penulisan ini) #amirperfume #infoproduk #produkamirperfume #mypointofview #artofamirperfume #wangi #ootd #backtostudioproject #amirperfumemenulis # https://www.instagram.com/p/B8Ts-HFhQo2/?igshid=b65l0j7hspvw









