Anak Selangor good review on our, "#ThisIsLarkin".
Nak kongsi lah ada blogger dari Selangor ni post, "...Aku bukan nak bercerita pasal taktikal atau game play. Aku ank cerita pasal suasana atau atmosfera di Stadium Larkin." "...aku masuk sahaja ke kawasan Datin Halimah menuju ke Larkin, sudah kelihatan kereta dan motorsikal berpakaian seba merah dan biru memberitahu secara langsung yang mereka akan ke stadium. Masuk sahaja kawasan larkin dari Jalan Langkasuka sebelah Balai Polis Larkin, TU DIAAAAAAAAAAAAAAA!! dah beratur kereta tepi jalan sampai ke lampu isyarat balai polis. Hampir satu jam juga aku baru dapat tempat untuk letak kereta." "Tiket sudah "sold out" tetapi masih lagi ada orang yang mencari tiket. Susah nak dapat keadaan sebegitu selain dari di SSM ke-IV Kota Bharu." "...aku terus masuk ke dalam stadium, dan waktu tu dalam jam 8:00pm kalau tak silap aku, dah penuh seluruh, segenap pelusuk stadium." "...penuh sepenuh-penuhnya dengan orang-orang Johor yang datang mungkin ada dari Segamat, Muar, Pontian, Kota Tinggi, Batu Pahat, Benut dan lain-lain." "Selesai lagu negeri Johor, satu stadium dengan sehati sejiwa melontarkan resit ke dalam padang, masa kejadian ini, aku punya lah teruja, menjerit aku dan aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku waktu itu, tetapi memang terbaik, satu stadium betul-betul sehati sejiwa untuk pasukan mereka bukan untuk kumpulan atau kelompok masing-masing. Ini memang "RARE" dan ini adalah sejarah bagi aku." "Ada satu ketika itu satu stadium bersorak dengan lagu Ale Ale Ale..Ayuh Johor, Ayuh Johor, Luaskan Kuasamu Johor, Kami ada, Kami ada, Setia bersamu Johor..Ale Ale..Ale Ale..Ale Ale Ale Ale..SATU STADIUM sorak lagu tu, memang naik bulu roma bila dengar." Lepastu bawah dalam comment box Nurul Hidayah cakap, "saya pon ada join trip ultrasel dan ada di stadium larkin waktu ini. saat membaca tulisan ini pon meremang bulu roma. masih terasa keadaan di sana! bersamalah kita menaikkan kegemilangan bola sepak negara!!" Thank you bro for the great review. I too hope this "passion" continues at least until Johor got something to be proud of. CELEBRATE WITHOUT HATE! LUASKAN KUASAMU JOHOR! You can read more of the review here: http://anakmemberontak.blogspot.com/2013/04/stadium-tan-sri-haji-hassan-yunos-aka.html













