31 January 2019, 2:30PM. . TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH S.W.T. . Alhamdulillah untuk segala nikmat, dan kesempatan. Terima Kasih Allah untuk segalanya. . Ini adalah satu perjalanan panjang yang ingin aku tempuhi lagi. InshaAllah. . Melihat mereka yang berada dalam keadaan serba serbi kekurangan ini, membuatkan diri ini, sentiasa bersyukur dengan apa yang di miliki sekarang. . Semasa dilapangan, tengah sibuk-sibuk cari moment, tiba-tiba datang satu anak kecil, tarik seluar. Sambil hulurkan tangan kecil. Melihat daripada gayanya seperti meminta sesuatu dari aku. . Mata ini tepat memandang bebola mata yang kehijauan, sayu. Cahaya matahari yang terik, menampakan keindahan bebola matanya, Muka comel yang ada sedikit comot. Sambil mulut kecilnya berkata-kata. Namun, tak aku fahami. Aku hanya tersenyum padanya. Sambil ku tunjukan pada orang lain, kerana aku tak punyai apa yang diinginkan. . Lantas langkah anak kecil tidak berkasut itu terkedek-kedek meninggalkan aku, masa ni takyah cakap lah, aku dah tercangkung menunduk. Air mata mula mengalir. Cecepat aku lap. Takmau orang lain nampak gamaknya. . Ikutkan hati, saat tu aku seperti mau sendirian biarkan ia terus mengalir laju. Allah. Aku bangkit bangun dan mengejar group yang sudah terkehadapan. Macam-macam soalan menerpa difikiran saat tu. Rasa macam lost kejap. . Aku cuma kongsikan dengan kalian, kita ada segalanya, serba serbi cukup. Kalau ada ujian sekalipun, bersabar dan berdoalah. Setiap yang berlaku ni, penuh dengan hikmah. Ujian mereka disana, lebih teruk. Malah ada yang hilang segalanya dalam kekejaman yang dilakukan. Tapi masih tetap bersyukur. . Jika mata ini mampu berkongsi dengan kalian, bagaimana melihat dan berada disana. Aku mahu lakukan itu. Mohon doakan buat saudara-saudara kita ini, dan bantu sebarkan. Jika bukan kita siapa lagi? Jika tidak hari ini, bila lagi? Kami hanya asbab, mari kita lakukan bersama. . Semoga Allah pimpin hati kita, tetap padaNya. InshaAllah. . Wallahhu Ta'ala A'lam. . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #bekindMOVE #myhopehero #volunteeringtripmalaysia #demimusyria #olivebyashsham #onsightfoundation #move #kengkawanproject (at A`Zaz, Halab, Syria) https://www.instagram.com/p/BtTIsbKA12f/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=zihagie6w8wb













