29 January 2019, 10:30PM. . #saifulnangaward #saifulnangacademy . PERJUANGAN BELUM SELESAI. . Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. . Allah izin untuk menjejakan kaki ke tanah Syam di bumi Syria. . Untuk menyampaikan segala amanah yang telah kami bawa. . Walau bagaimanapun, perjuangan ini masih belum selesai, kerana ini adalah satu permulaan yang baru. . Banyak yang telah direncanakan setelah kami melihat sendiri keadaan di kem tersebut. . Satu persatu Allah buka jalan buat kami, dan dipermudahkan sehingga selesai segala urusan hari ini. . Ternyata, banyak hati yang telah Allah gerakan untuk membantu misi ini. . ——————–———––——————————————— . Teringat pada tahun 2017, nama pernah naik untuk misi bantuan ke Syria namun, hajat tidak kesampaian, kerana 2 hari sebelum berangkat, nama digugurkan kerana telah diganti dengan orang lain. . Masa tu rasa sedih dan kecewa sangat then Walid pernah pesan, "Perjuangan tidak akan pernah selesai". Berdoalah, semoga Allah gantikan untuk yang lebih baik. . Pada tahun yang sama juga, Allah panggil menjejakan kaki ke Tanah Haram, pada bulan Ramadhan, Alhamdulillah, masa tu juga berdoa sungguh-sungguh untuk datang lagi ke tanah arab. . Alhamdulillah, hari ini pada Januari 2019, Allah datangkan dengan cara yang berbeza. Bersama dengan insan-insan yang berjiwa besar, merencanakan sesuatu yang besar bersama-sama, dengan izin dari Dia. . Rencana Allah tidak ada siapa yang tahukan? Berdoa dan teruskan berdoa. Untuk setiap yang kita rasa, akan diganti, tidak kira cepat ataupun lambat. . Syukur Alhamdulillah, teruskan menyebarkan kebaikan, moga dengan asbab ini, kita mampu memberi kehangatan kasih sayang buat mereka yang berada dalam kedinginan musim sejuk di bumi Syria. . Wallahhu Ta'ala A'lam. . Malaysia Outreach Volunteer Experience . Maybank Malaysia Berhad (5623 4856 6865) . Ref: Syria . ➳ Email : [email protected] ➳ Call / WhatsApp: 019-3770361 (Syed) . . #bekindMOVE #bekindlivekind #buatbaikhidupbaik #moverelief #misidapurkasehbuatsyria #myhopehero #olivebyashsham #onsightfoundation #volunteeringtripmalaysia #kengkawanprojek (at A`Zaz, Halab, Syria) https://www.instagram.com/p/BtO3azyg_K7/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=teim6a651vqw