An Uncanny friend
Sharing yet another non bomberman design,
This is kerat and they like to stare at people
seen from United Kingdom
seen from India
seen from Canada

seen from United Kingdom

seen from Italy

seen from Malaysia

seen from United States

seen from Hong Kong SAR China
seen from United Kingdom

seen from United States
seen from Hong Kong SAR China
seen from China
seen from China
seen from China
seen from Spain
seen from Spain

seen from United States
seen from Canada
seen from United States

seen from Italy
An Uncanny friend
Sharing yet another non bomberman design,
This is kerat and they like to stare at people
Wizarding Currency of the United States of America:
The Dragot is the main form of currency in the wizarding United States, similarly to a dollar of the No-Maji. There are coins minted in circular and octagonal shapes, which represent fractions of a Dragot. Full Dragots are made of silver. Half Dragots, made of steel, are commonly called Kerats, though simply “half-Dragots” is not terribly uncommon. Quarter Dragots are called Quarcks and are made of brass. Sprinks are made of iron and are worth a fiftieth of a Dragot.
The current rate of exchange between No-Maj and wizarding money according to the Department of Treasure and Dragots follows:
1 Dragot ~ $0.4465 1 Kerat ~ $0.22325 1 Quarck ~ $0.111625 1 Sprink ~ $0.00893
OR
$1.00 ~ 2.2396 Dragots
**Inflation and fluctuations in value account for any changes made to the rate of exchange. For example, in 1926, 23 Sprinks was equivalent to 2¢. Since then, the value of the dollar has gone down and the Dragot up.
~Prefect Selwyn Image Source
Pasangan suami isteri ditemukan maut dikerat di Merbok, dipercayai dibunuh anak kandung yang kemudiannya bertindak membunuh diri di rumah sama. #crime
Happy #working gais 🤗 #rambut mmg betul da #panjang da ni 😂 rasa gatal lak nak p #kerat beliau 😂 . . #nffa #rnf #arh (at Kuala Lumpur, Malaysia)
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/14/bunuh-dan-kerat-seorang-lagi-warga-myanmar-diburu-polis/
Bunuh dan kerat: Seorang lagi warga Myanmar diburu polis
GEORGE TOWN, 14 Disember:
Polis telah mengenal pasti seorang lagi lelaki warga Myanmar yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes bunuh dan kerat rakyat negara itu di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata identiti dan gambar individu berkenaan akan diedarkan kepada pihak media dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Seorang lagi suspek kes berkenaan telah dikenal pasti dan polis percaya lelaki itu anggota kumpulan yang kami sedang tahan sekarang ini, dia dipercayai masih berada di negeri ini.
“Gambar dan identiti lelaki itu akan diedarkan dalam masa terdekat ini, mungkin esok atau Selasa dan polis harap orang ramai dapat bantu kami cari dia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas mengadakan Operasi Pencegahan Jenayah peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.
Abdul Rahim berkata usaha mengesan tiga lelaki warga Myanmar berusia antara 20 dan 42 tahun yang gambar dan identiti mereka telah didedahkan, Khamis lepas masih giat dijalankan.
“Mereka yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan rakan senegara sebelum ini menetap di sekitar Bukit Mertajam dan dipercayai telah melarikan diri. Usaha mengesan mereka giat dijalankan,” katanya.
Katanya, lelaki pertama dikenali sebagai Mohd Yahyar Khan Mohd Rafie, 42, dan merupakan pemegang kad UNCHR bernombor 354-13C05627 serta pernah menetap di Taman Tun Sardon, Gelugor di sini sebelum berpindah ke Bukit Mertajam.
“Sementara dua lagi lelaki dikenali sebagai Lokman dan Gemuk, masing-masing berusia lingkungan 20-an. Ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai buruh kontrak itu dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya.
Kes pembunuhan melibatkan rakyat negara itu mendapat perhatian apabila kumpulan rakyat Myanmar terbabit mula memotong anggota badan mangsa mereka dan membuangnya di beberapa tempat di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam dekat sini termasuk berhampiran balai polis Machang Bubok, dekat sini.
Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan.
Bagaimanapun sejak bulan lepas, kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/07/polis-kenal-pasti-mayat-remaja-dalam-guni/
Polis kenal pasti mayat remaja dalam guni
SHAH ALAM, 7 Disember:
Polis mengenal pasti mayat yang ditemui dalam guni gula di jejantas tepi Sungai Klang, di Jalan Datuk Mohamad Sidin, Bukit Badak, di Klang kelmarin, merupakan mayat remaja tempatan berusia 17 hingga 18 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarulzaman Mamat berkata, ketika ditemui jam 3.20 petang, mangsa yang mempunyai ketinggian 173 sentimeter itu, memakai baju kemeja T berwarna hitam jenama ‘Le Fonce’, dengan tulisan ‘One memory that will never be erased’ MIB (Men In Black) pada bahagian belakang, bersaiz ‘S’.
Beliau berkata, mangsa memakai seluar jeans berwarna hitam jenama Lois yang bersaiz 30, manakala seluar dalamnya pula berjenama Pierre Cardin berwarna ungu, bersaiz ‘S’.
“Hasil pemeriksaan lanjut, mangsa bukan beragama Islam, berkulit cerah, tiada cacah (tatu) atau tanda kelahiran dan mempunyai kesan suntikan BCG pada bahagian lengan kirinya,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, hasil bedah siasat mendapati, terdapat kesan hirisan pada badan mangsa dan tempoh kematiannya melebihi tiga hari.
“Setakat ini, mayat mangsa masih ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan kita meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh,” ujarnya.
Tambahnya, peruntukan hukuman mati mandatori terhadap tertuduh yang terlibat dalam kes itu, jika sabit kesalahan.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/07/kes-bunuh-warga-myanmar-polis-dapat-petunjuk-baru/
Kes bunuh warga Myanmar: Polis dapat petunjuk baru
GEORGE TOWN, 7 Disember:
Polis mendapat beberapa petunjuk baru bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes bunuh dan kerat anggota badan warga Myanmar, selepas polis diberitahu lokasi seorang lelaki yang kepala, tangan dan kakinya ditemui di kawasan berasingan di Bukit Mertajam, hasil soal siasat terhadap 17 lelaki Myanmar yang ditahan.
“Suspek mengaku membunuh, sebelum memotong anggota badan dan membuangnya, termasuk badan lelaki berkenaan ke dalam tali air di Jalan Kampung Permatang, Sungai Bakap, dua minggu lepas.
“Setakat ini, polis hanya menemui kepala, tangan dan kaki mangsa. Kemungkinan badan mangsa telah hanyut ke sungai atau laut,” kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi selepas merasmikan Program Komuniti Polis, hari ini.
Pada 24 November lalu, satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.
Pada 27 November lalu pula, mayat tanpa kepala dan tangan yang disumbat dalam guni ditemui penduduk kampung dalam tali air Sungai Bakap.
Terbaru, Isnin lalu, kepala dan tangan kiri daripada lengan hingga tapak tangan, ditemui dalam beg plastik berhampiran tong sampah di Machang Bubok.
Abdul Rahim turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kes pembunuhan itu bukan ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan mayarakat setempat, sebaliknya ia hanya membabitkan rakyat Myanmar.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, indeks jenayah Pulau Pinang menurun sebanyak 377 kes atau 4.8 peratus, sejak Januari hingga semalam, berbanding 7,854 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Menurut Abdul Rahim, kejayaan menurunkan kadar jenayah itu adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk orang ramai yang menyalurkan maklumat kepada polis.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/01/kepala-manusia-di-medan-selera-sepadan-dengan-badan/
Kepala manusia di medan selera sepadan dengan badan
BUKIT MERTAJAM, 1 Disember:
Kepala yang ditemui di tiang berhampiran sebuah kedai makan di medan selera Taman Impian Ria didapati sepadan dengan mayat tanpa kepala serta tangan yang disumbat di dalam guni dan ditemui di Sungai Bakap, Nibong Tebal.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata, ia berdasarkan laporan awal bedah siasat, namun pihaknya masih menunggu laporan DNA kepala dan anggota badan berkenaan bagi mengesahkannya.
“Polis percaya mangsa adalah orang yang sama, cuma kami masih menunggu laporan penuh DNA.
“Setakat ini identiti lelaki itu masih belum diketahui tetapi polis percaya mangsa adalah warga asing,” katanya dipetik agensi berita Bernama.
Beliau turut memaklumkan setakat ini tiga lelaki warga asing berusia 20 hingga 30 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pihak polis meminta orang ramai yang mengetahui kes itu membuat laporan.
Pada Isnin 24 Nov lalu, The Rakyat Post melaporkan satu bungkusan berisi kepala manusia ditemui berhampiran tiang di sebuah kedai makan di Taman Impian Ria, Bukit Mertajam.
Kepala itu ditemui pemilik kedai makan di Lorong Impian Ria 5, sebelum memaklumkan kepada polis.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi daripada premis itu mendapati, bungkusan berkenaan ditinggalkan dua lelaki yang menunggang motosikal kira-kira jam 9.30 malam Ahad.