Chow Kon Yeow stresses PH-BN cooperation in Penang as vital to avoid vote-splitting and sustain economic, social stability. #penang

seen from Poland
seen from Taiwan
seen from Bangladesh
seen from United States
seen from United States

seen from United States
seen from China
seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from Canada

seen from United States
seen from United Kingdom
seen from China

seen from United States

seen from Malaysia

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from United States
seen from Türkiye
Chow Kon Yeow stresses PH-BN cooperation in Penang as vital to avoid vote-splitting and sustain economic, social stability. #penang
Tinjauan Mingguan Forex Julai 4-Julai 8
Tinjauan Mingguan Forex Julai 4-Julai 8
Dolar Amerika susut berbanding rakan-rakan utama pada hari Jumaat, di tengah-tengah pudar jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan dalam beberapa bulan akan datang dan sebagai pasaran terus menilai kesan undi Brexit. Indeks dolar, yang mengukur kekuatan dolar AS berbanding sekumpulan wajaran perdagangan enam mata wang utama, jatuh kepada 95,48 pada satu ketika Jumaat, terendah sejak 24 Jun.Ia…
View On WordPress
Analogi Sistem Kontrol-Manusia
Sistem Kontrol yang baik adalah yang menuju kestabilan -konvergen menuju nilai yang sama. Namun sistem kontrol yang terbaik akan diketahui jika diberi gangguan ia akan segera kembali ke posisi stabilnya. Tentu saja, besarnya gangguan tersebut akan mempengaruhi tingkatan kestabilan sistem tersebut.
Entah mengapa, hal tersebut juga berlaku pada manusia.
Manusia yang baik adalah ia yang telah menemukan identitasnya, menemukan mimpi-mimpinya, dan telah mampu membedakan mana yang benar dan salah. Namun, manusia yang hebat diketahui jika diberi masalah ia akan segera kembali ke asalnya. Tentu saja, besar-kecilnya masalah tersebut ikut serta dalam menentukan.
Jadi, sejak kapan kita sebagai manusia sudah berkata lantang mengenai kehebatan tatkala belum pernah diuji sesuatu yang besar? Bagaimana dengan manusia-manusia lain yang sering kita hina karena mereka mendapat cobaan dari Tuhan, apakah kita masih mau mengakui kehebatan mereka?
-Ananta, sedang belajar ilmu kontrol, 13 Mei 2016.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/26/sentimen-ahli-umno-akta-hasutan-perlu-kekal-3/
Sentimen ahli UMNO Akta Hasutan perlu kekal
KUALA LUMPUR, 26 November:
Semua ahli UMNO sependapat bersetuju Akta Hasutan 1948 perlu dikekalkan kerana ia dilihat penting bagi mengelak pihak tertentu mengambil kesempatan menggugat kestabilan negara.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, sama ada kerajaan akan memperbaiki akta itu dengan apa cara sekalipun, langkah mengekalkan Akta Hasutan perlu dilakukan dan pelaksanaannya harus dibuat dengan lebih serius.
“Saya rasa semua ahli parti sependapat bahawa kuasa Akta Hasutan itu perlu dikekalkan, sama ada dikekalkan akta atau memperbaiki akta macam mana yang disebutkan beliau (Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin) tadi,” kata Khairy yang juga Menteri belia dan Sukan.
Perkara sama turut ditekankan Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bersetuju jika kerajaan mengambil langkah untuk meneruskan penguatkuasaan akta itu.
Bagi Mas Ermieyati, perkara itu penting bagi menentukan kelangsungan amalan sistem Raja Berperlembagaan di negara ini dan pihak-pihak tertentu tidak boleh menafikannya.
“Kita selaras dengan apa yang diberitahu oleh Timbalan Presiden, kami sudah bersetuju bahawa Akta Hasutan itu perlu dikekalkan dan saya berpendapat Puteri akan senada dengan pendapat Pemuda,” ujarya.
Muhyiddin ketika berucap merasmikan secara serentak mesyuarat agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri semalam berkata, beliau berpandangan Akta Hasutan wajar dikekalkan.
“Bagi saya, Akta ini wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan.
“Peruntukan khusus perlu dimasukkan untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
“Akta ini juga perlu menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.
“Begitu juga dengan kedudukan tanah rezab Melayu dan Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut,” kata Muhyiddin dalam ucapannya.
Menurut beliau, apa yang penting ialah Akta Hasutan perlu dilihat sebagai sebagai akta yang bukan hanya melindungi kepentingan orang Melayu, sebaliknya akta yang memelihara perpaduan dan keharmonian nasional.
“Saya fikir, tempoh 57 tahun merdeka sudah cukup untuk kita hapuskan segala rasa prejudis dan syak wasangka antara kaum.
“Tinggal lagi, kita semua, baik parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, gerakan pendidikan Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain, perlulah ada keikhlasan, ada kejujuran, dan ada kesungguhan untuk memupuk perpaduan.
“Jangan kita bercakap mengenai perpaduan, tetapi pada masa yang sama bertindak menebalkan tembok pemisahan kaum,” katanya.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/19/institusi-raja-bukan-sekadar-ornamen-hiasan/
Institusi Raja bukan sekadar ornamen hiasan
KUALA KANGSAR, 19 April
Institusi dan takhta pemerintahan Raja bukan sekadar ornamen hiasan kerana ia merupakan institusi utama dalam Perlembagaan negara yang perlu dinamik menghadapi cabaran serta berupaya menghadapi tuntutan, titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Baginda bertitah Raja bersemayam di takhta kerajaan sebagai pemerintah dan bukan pentadbir, yang wajib memberi naungan saksama kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Semestinya takhta pada setiap ketika tidak bersifat partisan, malah wajib mencuar tinggi di atas segala polemik politik kepartian, demi memastikan peranan takhta diterima baik, ketika takhta diperlukan berperanan sebagai penimbang tara untuk mendamaikan sebarang persengketaan di dalam negara,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah ke-86 di Istana Iskandariah di sini, hari ini.
Raja Nazrin bertitah, takhta pemerintahan berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan, payung penyatuan serta instrument kesatuan dalam kepelbagaian.