Perkongsian Kuliah Aqidah “Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah Bahagian 3/5” 27 Mac 2019 (Rabu) Saudara Shahrul Fitri (Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam, APIUM) Untuk ke Syurga Allah, kena pastikan jalan yg kita pilih ketika di dunia ini adalah betul: Ahli Sunnah Wal Jamaaah 14 Dasar-dasar Umum dlm Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ): 1. Berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah S.A.W dan sunnah para sahabat 2. Bersepakat berkenaan perkara al-Wajibat (wajib bagi akal), Al-Mustahilat (mustahil bagi akal) & Al-Jaizat (Harus bagi akal) 3. Menghuraikan rukun iman bersesuaian kebenaran Quran & Sunnah 4. Beriman adanya nikmat & azab kubur, hari kebangkitan, syafaat Nabi, mizan, titian sirat, telaga kauthar, syurga, neraka,(boleh rujuk: Kitab Rindu kepada Hari Akhirat - Maulana Asyraf) 5. Beriman bahawa wujudnya alam (sekalian makhluk selain Allah sama ada yg nyata mahupun ghaib) adalah wujud hakiki bukan majazi (bukan realiti / khayalan / bayang-bayang / mimpi) 6. Sumber ilmunya menatijahkan yakin 7. Pegangan aqidah bersih drpd tasybih (samakan Allah dgn makhluk) & ta’til (menafikan sifat bagi Allah) 8. Pendosa besar digelar fasiq bukan kufur kerana iman mereka masih ada (manakala yg menggelar pendosa besar kufur adalah golongan khawarij). Perlunya bertaubat dgn penuhi 3 syarat taubat: menyesal, tinggalkan dosa besar itu, dan azam utk tidak lakukan lagi pada masa akan datang 9. Iman seorang Muslim terbatal melalui keyakinan (iktikad), lisan (kata-katanya) dan perbuatan (kelakuan) 10. Pemimpin perlu dilantik diatas syarak (berbeza dgn Syiah yg menggunakan konsep Imamah) 11. Tidak mengkafirkan mana-mana sahabat Nabi S.A.W 12. Mencintai ahlul bait Nabi S.A.W 13. Mengimani bahawa Auliya’ (Wali Allah yg taat dan berilmu yg mana bila dia hadir maka berkumpul 40 orang atau lebih), Malaikat dan Jin itu wujud 14. Mentaati pemimpin yg dilantik secara sah (walaupun mereka melakukan kezaliman spt mengawal ekonomi yg menzalimi rakyat selagimana pemimpin itu tidak mengajak kepada kesyirikan / kekufuran) Moga bermanfaat, insya-Allah #ahlisunnahwaljamaah #kuliahmaghrib #aqidah (at University of Malaya) https://www.instagram.com/fazlyrahmat/p/BvikXJLgr-Z/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1ck7xntmki4eu