“A home cook who relies too much on a recipe is sort of like a pilot who reads the plane’s instruction manual while flying.” – Alton Brown hurmm...salah satu daripada rancangan masakan yang suka saya tonton...'good eats'...mungkin sebab saya kelulusan bidang sains...suka melihat perkara pada dasarnya...(kalau xfaham maksud saya kena tengok di CH 727 astro ek) sejak dari tahun 2005 (from my observation)...semakin ramai pelajar lepasan SPM dan yang seangkatan dengannya menjadikan seni kulinari sebagai pilihan utama...dahulu masa zaman saya belajar...bidang masakan (unpopular name for culinary art) bukan pilihan utama...ramai ketika itu memandang rendah bidang ini (dengan anggapan pelajaran memasak hanya untuk perempuan dan perlu diajar di dapur rumah sendiri oleh guru paling berpengalaman aka ibu)... saya pun xpasti apa yang menjadi 'turning factor' sehingga bidang ini menjadi antara pilihan utama bukan sahaja oleh pelajar dengan kelulusan sederhana tapi ada sebahagian pelajar yang mempunyai kelulusan yang tinggi juga memilih untuk bidang profession ini. di IPT saya juga lebih kurang 30% daripada keseluruhan pelajar merupakan calon-calon chef... ada orang kata sebab terlalu banyak rancangan masakan di saluran-saluran utama yang menjadikan fenomena ini berlaku...pada saya mungkin sebab pelajar2 skrg dah semakin matang dalam membuat pilihan...mungkin menjadi kerjaya popular antara faktornya...dulu pelajar suka untuk mengejar title Dr. (masih juga begitu sekarang) tapi dengan title CHEF dihadapan nama juga mungkin menarik...Chef Fazley, Chef Wan, Chef Ramsey....mungkin sedap juga kalau nama saya ada title...CHEF azril...hehe... atas apa sebab pun...bidang ini telah menjadi satu pilihan utama di mana IPT di Malaysia...menjadikan persaingan yang tinggi dalam kerjaya dimasa hadapan...seperti mana menghasilkan sesebuah universiti melahirkan seorang doktor...ingin memastikan doktor yang dilahirkan mempunyai pemikiran kritikal yang tinggi berbanding pemikiran 'straight-forward' dalam merawat pesakit...dengan persaingan yang tinggi dalam kerjaya kulinari...menjadi tanggungjawab IPT untuk menghasilkan seorang CHEF yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif dalam masakan...di Malaysia dengan masyarakat yang berbilang bangsa...makanan menjadi salah satu item yang dikongsi bersama dalam satu bentuk paduan dan pemahaman....makanan juga mempunyai unsur sensitif melibatkan agama-agama..dengan selera masyarakat Malaysia yang semakin sofistikated...selain nasi, roti dan sup...perkataan baru makanan semakin bertambah...dari western, itali, perancis, jepun, korea..idea kreatif baru dalam makanan mesti sentiasa disandarkan pada asas yang betul menggunakan cara pemahaman yang betul.. hurmmm...noted...