Tulang belakang-- Kerana dudukmu di belakang, Tidak sentiasa dipandang. Kerana dudukmu di belakang, Sering tidak dihiraukan. Kerana dudukmu di belakang, Acap kali dibiarkan. Nyatanya-- Kerana dudukmu di belakang, telah memberi kekuatan kepada yang di hadapan; menegakkan apa yang bengkok, meluruskan selirat urat yang tersimpul kekok. Kamu masih tersenyun saat direbahkan. Kamu masih berkata tidak mengapa saat dikhianatkan. Kamu masih berusaha untuk berdiri saat terjatuh berkali. Apa jua menimpa-- kamu si tulang belakang, yang tidak pernah berkata tidak tanpa asa. Tulang belakang Si suami, anak-anak 1123 | 20170407 #amanbahagia #waktuwaktudituju #setiaadakamu #bonda #rindumereka #maabah #sayangsokmo #rindusangat