Belai; Mulanya kerana rasa tanggungjawab Lama dibelai kasih dan sayang itu terjawab Berenggang sebentar gelisah jiwa yang mendapat Tiada yang lain aku mahu selain mendakapmu erat Wahai anak, Hadirmu membawa rahmat Merawat luka dari melarat Tangismu sebagai pelengkap Untuk aku terus mendakap Tiada yang lain aku harap Melainkanmu kembali dekat Ya Tuhan, Anak ini cukup istimewa Bukan dijiwa ini sahaja Tapi untuk mereka merasa; Betapa kasih melihat matanya Ya Tuhan, Engkau peliharalah anak ini Engkau lindungilah anak ini Dari keburukan dunia Dan curahkanlah kebaikan ke atasnya Ya Tuhan, Perkenankanlah kecintaanku terhadapnya berlandaskan kasih sayang antara manusia yang tidak melebihi kasih sayang terhadap-Mu dan Kekasih-Mu. Jagakan anak ini selamanya; disepanjang penjagaanku tidak sampai kepadanya. Belaian, Yah. 2351 | 20180206 #amanbahagia #storyaboutAwish #tatapanbilarindu #memangsedangrindu #terlalurindu #mulafahamperasaanseorangibu #takbolehberpisah #rindusangat