New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/10/golongan-transgender-ada-program-khas/
Golongan transgender ada program khas
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak lebih ramai pihak khususnya yang kecelaruan gender menyertai program khas Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata program berbentuk kem itu mula diperkenalkan pada tahun 2010.
Menurut beliau, lebih 1,000 golongan transgender telah menyertai program itu sejak ia diperkenalkan.
“Namun, kita tidak pernah mendesak mana-mana pihak untuk menyertai program yang kami tawarkan sebaliknya kami turun padang dan promosi melalui facebook,” katanya.
Beliau juga berharap tiga jurumekap pengantin yang terlibat berhubung isu transgender seperti dilapor baru-baru ini supaya menghubungi Jakim secara sukarela bagi menyertai program berkenaan.
Othman berkata selepas menyertai program berkenaan, peserta-peserta meneruskan program kerohanian atas inisiatif sendiri dengan bantuan JAIN.
Beliau berkata, kumpulan ini sekaligus meninggalkan aktiviti songsang dan membantu Jakim untuk meneruskan aktiviti pemulihan kerohanian kepada rakan-rakan yang senasib.
“Mereka yang berminat boleh menghubungi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jakim di talian 03-88864000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.