Hidung berdarah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Hidung berdarah biasanya mudah untuk dihentikan dan tidak membawa kepada masalah yang lebih serius.
Beberapa langkah atau cara menghentikan hidung berdarah adalah:
Bertenang
Duduk secara tegak dan sedikit condong ke hadapan
Bernafas menggunakan mulut
Gunakan tisu untuk menyapu darah keluar
Picit hidung selama 5 minit sebelum memeriksa sama ada darah masih keluar atau tidak. Jika masih keluar, picit kira-kira 10 minit lagi.
Letakkan pek ais pada batang hidung untuk memperlahankan pendarahan.
Selepas darah berhenti, jangan mengosok hidung, membongkok atau mengangkat objek berat.