Hidung berdarah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Hidung berdarah biasanya mudah untuk dihentikan dan tidak membawa kepada masalah yang lebih serius.
Beberapa langkah atau cara menghentikan hidung berdarah adalah:
Bertenang
Duduk secara tegak dan sedikit condong ke hadapan
Bernafas menggunakan mulut
Gunakan tisu untuk menyapu darah keluar
Picit hidung selama 5 minit sebelum memeriksa sama ada darah masih keluar atau tidak. Jika masih keluar, picit kira-kira 10 minit lagi.
Letakkan pek ais pada batang hidung untuk memperlahankan pendarahan.
Selepas darah berhenti, jangan mengosok hidung, membongkok atau mengangkat objek berat.
Bawang putih adalah herba yang banyak digunakan dalam masakan dan turut mempunyai nilai perubatan. Bawang putih dikatakan telah digunakan dalam perawatan sejak 5,000 tahun dahulu lagi.