Sejak beli tak pernah cerita panjang pasal dia ni. Selama ni pun memang tak permah lagi #Ohmedia rekemen siapa-siapa pun untuk beli iPad sebabnya iPad sejak mula dikeluarkan hanyalah sekadar iPhone yang bersaiz besar. Itu masa zaman iPhone saiz kecil dulu la tapi lepas start wujudnya iPhone 6 Plus pada tahun 2015, lagilah iPad tenggelam tiada keperluan langsung atas faktor iOS yang sangatlah tak mampu nak menggunakan sepenuhnya kemampuan iPad ketika itu. . Tapi oleh kerana sekarang Apple dah khususkan iOS hanya untuk iPhone dan kemudian wujudkan iPad OS, #Ohmedia boleh rekemen sesiapa sahaja kalau berminat dengan iPad & iPad Pro ni untuk beli tanpa banyak bunyi lagi. Haha. . Luaran memang nampak sama macam iOS lagi tapi once dah guna, memang jarang dah #Ohmedia buka Macbook Pro sekarang ni kalau kat luar. Sebabnya Safari pun dah ada sokongan penuh desktop view bukan lagi mobile view macam dulu. Then boleh cucuk external storage & sd card (ada sokongan macam file manager) so overall urusan kerja memang sangat lancar. . Beli iPad ni, korang beli yang versi Wifi jer la. Internet pakai hotspot dari phone sendiri jer atau wifi kat rumah. Tak payah la buang duit beli versi cellular bagai. Bukannya boleh install WhatsApp pun! Hehe. . Kalau ada soalan pasal iPad Pro ni, silalah tanya ya di komen. #OhmediaiPad #OhmediaApple #OhGeekz https://www.instagram.com/p/B3cCsZEl5_A/?igshid=10scjeocbelnt