Good guy, Samsung. Nak dijadikan cerita, Galaxy Tab S4 #ohmedia ni problem atas kecuaian diri sendiri. . Kecuaian apa? Bateri dah 0% then tercucuk charger Huawei Mate 20 Pro instead of charger dia sendiri dan biarkan semalaman walhal memang selama ni sangat hati-hati. . Charger Mate 20 Pro tak macam charger biasa. Adapter dia sahaja dah besar gila dan cable pun tebal gila tak macam yang biasa kita tengok. Bila dibiarkan semalaman dekat Tab S4 ni, memang hancur la sebab tak power tak sepadan. . Selama ni, #Ohmedia pakai apa phone pun, akan guna charger dia sendiri dan tak akan sesekali main cucuk je apa-apa charger yang berlainan jenama. Ini kerana charger paling selamat adalah yang datang sekali dalam kotak masa kita beli. . Kecuaian kali ni hampir membuatkan #ohmedia rugi RM1200 kerana motherboard dia yang rosak. Simptom dia setiap kali cuba on, dia akan restart lagi dan lagi secara nonstop (loop). Lesson learned! Huhu. . Semalam bawa ke Samsung Customer Service di Level 4 Low Yat, stok motherboard tak ada kat situ sebab Tab S4 ni masih baru dan tak pernah lagi orang hantar sebab problem. Huhu. . So mereka janji boleh ambil harini jam 5PM. U know what, tepat 5PM tadi diorang call cakap suruh datang ambil. Terbaik gila! Semua free sebab under warranty lagi. . Semua data memang hilanglah sebab tukar motherboard. Nasib memang hari-hari auto backup. . So dari cerita ni, jadi peringatan untuk semua yang jangan sesekali campur2 charger ya. Sila charge phone or tab korang guna charger dia sendiri. Paling penting walaupun dah tahu pasal ni, jangan cuai macam #ohmedia ni. Huhu. . Dari cerita ni juga, korang tahulah betapa bagusnya Samsung Malaysia dalam menguruskan masalah pengguna mereka. Nak beli apa-apa gadget bukan sibuk pasal spec jer, fikir juga pasal after sales service brand tu macamana. Senang ke susah bila ada masalah dan masih cover dalam warranty. . 📷 Mate 20 Pro #OhmediaSamsung #OhmediaTabS4 (at Plaza Low Yat) https://www.instagram.com/p/Brp3uVvBZ-w/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=1xc3qqnc2gh4f