Disaat rakyat Malaysia sedang bergundah-gulana dengan pelbagai dugaan hari ini, masih ada lagi manusia yang tergamak untuk menipu orang ramai dengan menjual mask buatan sendiri. Oleh kerana stok mask muka sangat susah nak dijumpai ketika ini, mungkin ini masa yang sesuai bagi si penipu mencari keuntungan dengan cara yang sangat tidak wajar. Seorang pengguna Twitter berkongsi nasib tentang seorang pengguna yang tertipu selepas membuat pembelian topeng muka pada harga 50 sen bagi bagi setiap mask. Sangat tak disangka, mask yang dibeli hanya menggunakan tisu tebal untuk serap minyak dan di'staple dengan getah. Dah gila agaknya manusia ni. Mentang-mentang masuk neraka tu tak payah bayar, tak sabar-sabar cari jalan nak masuk. Baca artikel penuh dengan swipe up di IG Stories @ohmedia. #Ohtidak #Covid19 (at Oh! Media) https://www.instagram.com/p/B99FabCF9z-/?igshid=9mhmkbo5tlrf









