Lady Godiva adalah seorang wanita golongan atasan (noblewoman) dari suku Anglo-Saxon yang menjajah England pada kurun ke-11. Kesahnya menjadi lagenda kerana beliau menentang keras perbuatan suaminya yang meletakkan cukai tinggi kepada rakyat Conventry, akibat merasa kasihan kepada rakyat Conventry, beliau banyak kali meminta suaminya agar menurunkan cukai tetapi suaminya enggan, sehinggalah suaminya meletakkan satu syarat yaitu jika beliau benar-benar ingin cukai tersebut diturunkan suaminya mencabar beliau untuk menunggang kuda di sekeliling bandar dalam keadaan bogel. Beliau menerima cabaran itu dengan syarat semua rakyat Coventry harus berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan sesiapa pun keluar rumah sewaktu beliau menunggang di sekeliling bandar. Suaminya bersetuju.
Maka Lady Godiva pun menunggang kudanya dalam keadaan bogel dengan hanya rambut panjangnya sahaja menutupi badannya, tiada jiwa langsung di tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan beliau, walaubagaimanapun terdapat seorang lelaki bernama Tom yang membuat lubang di rumahnya bertujuan untuk mengintai Lady Godiva, perlakuan Tom inilah yang menimbulkan gelaran terkenal sekarang ini kepada "kaki intai" yaitu "Peeping Tom", walaubagaimanapun sewaktu Tom mengintai, secara tiba-tiba matanya seperti dicucuk dan akibat daripada itu dia buta sepanjang hayatnya.
Akibat perlakuan berani Lady Godiva itu tadi, suaminya bersetuju untuk menurunkan cukai kepada rakyat Coventry.