Kalau korang tengok #ohmedia selalu meracun orang lain pasal Proton ni, korang kena tahulah juga siapa pula yang meracun Oh! Media terlebih dahulu. Haha! Gerangan orang tu tak lain tak bukan, Abang Gan @pandulaju ler. Racun dia pasal kereta, bisa weh. Hahaha. . Sebelum beli X70 ni, ada beberapa kereta lain yang berada di dalam senarai. Rujukan OM nak beli kereta tak perlu susah-payah dah, tanya je car reviewer macam Abang Gan tu. Masa tu selalu tanya dia Volvo ke Audi? BMW ke Merc? Excited betul nak tambah hutang. Beli kereta mahal ni bukan petanda kita kaya, tapi kita kaya dengan hutang. Hahaha. . Tapi kata Abang Gan, ada satu kereta yang ada banyak features pada harga sangat berbaloi. Tinggal masih lagi kita ni nak skeptikal pada jenamanya atau tidak sahaja lagi. . Tak lama lepas tu, keluarlah kereta Proton X70 Abang Gan ni. Masa kami melepak kat Masthar Itik Salai, memang all out lah Abang Gan demo kereta beliau satu-persatu. Ada video semua nanti OM share yer? Hehe. . Lepas tengok demo meyakinkan Abang Gan secara personal, terus terfikir kalau kaki review segala jebis kereta pun beli kereta ni, memang ok la tu. Tak payah buang masa fikir panjang. Bila dengar harganya pula, alamak consider murah gila vavi la berbanding jenama-jenama yang dalam list tu. Dengan features yang ada, kenapa perlu hutang lebih? Gitu. . Then terus cakap dengan Abang Gan, “kalau macam tu ko tunggu la kereta aku keluar bro. Kita naik Genting sama-sama! Hehe”. . Maka tak lama kemudian naiklah kami ke Berjaya Hills (Bukit Tinggi). Lepak mengeteh kat Colmar Tropicale. Bila dah dapat kereta, apa barang Genting je kan? Tak cukup jauh tu. Hahaha. . Moral of the story dia l, korang relate lah sendiri. Apa yang penting, Oh! Media & Abang Gan boleh jamin dengan harga rakyat marhaen kereta ni, insyaAllah akan puas hati dengan segala features yang diorang campak dalam. . Stay tuned banyak lagi racun yang akan tiba. Yehha! #OhmediaProton #OhmediaX70 #Pandulaju (at Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.) https://www.instagram.com/p/CEmK6o3F236/?igshid=tq0oegir71zx











