KISAH PENGADIL BUAT HAL LAGI DI MALAYSIA VS VIETNAM PIALA AFF

seen from Italy
seen from China

seen from United States
seen from United States
seen from China
seen from South Korea
seen from United States
seen from United Kingdom
seen from South Korea
seen from Netherlands

seen from United States

seen from Italy
seen from China
seen from United Kingdom
seen from T1
seen from Australia

seen from United States

seen from Türkiye
seen from United States
seen from China
KISAH PENGADIL BUAT HAL LAGI DI MALAYSIA VS VIETNAM PIALA AFF
Karaoke Terbuka Karnival Putatan 2019.. #karnivalputatan #karaoke #pengadil (at Putatan) https://www.instagram.com/p/B4FNlubAcRY/?igshid=h4cmryjke8h3
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/23/fam-rancang-sistem-pengadil-semi-pro-tahun-depan/
FAM rancang sistem pengadil semi pro tahun depan
KUANTAN, 23 Mac :
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang untuk memperkenalkan sistem pengadil semi profesional tahun depan bagi menarik golongan muda menjadi bidang itu sebagai satu kerjaya.
Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata satu kertas kerja lengkap akan dibuat dengan mendapat pandangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum melaksanakan sistem itu.
“Seperti mana kerjaya pemain bola sepak yang semakin mendapat perhatian, kita juga ingin mewujudkan atmosfera sebegini dalam dunia pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengadil Bola Sepak FAM-FIFA di sini, hari ini.
Seminar empat hari, yang disertai oleh 50 pengadil, turut dihadiri Ketua Pengadil FIFA, Massimo Busacca dan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Goh Ah Chai.
Tengku Abdullah berharap menerusi sistem pengadil semi profesional itu, banyak pengadil dari negara ini dapat mengadili perlawanan di peringkat antarabangsa termasuk Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.
Sementara itu, Massimo turut mengharapkan masyarakat akan menghormati kerjaya pengadil kerana tiada manusia yang sempurna daripada melakukan kesilapan.
“Tidak siapa yang tidak pernah lakukan kesilapan, namun ia perlu dikurangkan dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya.
Beliau berkata FIFA turut mengharapkan pengadil dari Asia dapat meningkatkan tahap pencapaian mutu pengadilan dengan lebih baik.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/01/02/chelsea-mangsa-konsipirasi/
Chelsea mangsa konsipirasi
LONDON, 2 Januari:
Pengurus Chelsea, Jose Mourinho mendakwa pasukannya seharusnya peroleh penalti untuk mendahului 2-0 dan sekaligus kawal perlawanan sebelum The Blues kalah mengejut 5-3 menentang Spurs di White Hart Lane.
Menurut José Mourinho Chelsea menjadi mangsa konspirasi dengan mendakwa Eden Hazard tidak dilindungi oleh pengadil, Phil Dowd.
Pengadil Phil Dowd juga dituduh menjadi “terlalu lambat” dan tidak memberikan penalti penting dan menyebabkan punca kekalahan Chelsea 5-3 kepada Tottenham.
Diego Costa meletakkan Chelsea di hadapan, tetapi Harry Kane menyamakan kedudukan sebelum jaringan Danny Rose serta penalti Andros Townsend yang sekaligus membolehkan Spurs dahului Chelsea.
Chelsea bolos lima gol dalam perlawanan Liga Perdana hanya tiga kali.
Chelsea kalah 5-1 menentang Liverpool pada tahun 1996, dan 5-3 kepada Arsenal pada tahun 2011.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/12/29/mourinho-selar-keputusan-pengadil/
Mourinho selar keputusan pengadil
LONDON, 29 Disember:
Jose Mourinho menyelar pengadil, Anthony Taylor kerana melayangkan kad kuning kepada Cesc Fabregas yang didakwa sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti.
Tidak cukup dengan itu, Mourinho turut mendakwa tindakan melayangkan kad kuning tersebut merupakan satu skandal atau kempen untuk memerangi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea.
Fabregas merupakan pemain Chelsea ketiga dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kawasan penalti pasukan lawan selepas Diego Costa dan Willian pada bulan ini.
Selain Febregas, Gary Cahill dan Branislav Ivanovic turut dituduh melakukan lakonan sama dalam perlawanan melibatkan Chelsea menentang Southampton pada Ahad yang berkesudahan seri 1-1.
Berikutan itu, Mourinho mendakwa The Blues kini sedang dihukum oleh pengadil.
Dalam aksi perlawanan menentang Southampton malam tadi, Fabregas didakwa sengaja menyentuh kakinya dengan kaki pertahanan lawan, Matt Tergett sebelum menjatuhkan diri.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/12/01/wanita-malaysia-muncul-pengadil-terbaik-asia-2014/
Wanita Malaysia muncul pengadil terbaik Asia 2014
KUALA LUMPUR, 1 Disember :
Pengadil wanita, Rita Ghani melakarkan sejarah bola sepak negara apabila memenangi Anugerah Pengadil Wanita Terbaik Asia 2014 sempena Majlis Anugerah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Filipina, semalam.
Pengadil antarabangsa berusia 37 tahun itu berjaya mengatasi pemenang tahun lepas, Sachiko Yamagishi dari Jepun dan calon dari Thailand, Pannipar Kamnueng.
“saya berasa amat gembira kerana tidak pernah terfikir bahawa saya akan memenangi anugerah ini. Sebenarnya, saya betul-betul terkejut dengan penghargaan ini,” Rita dipetik sebagai berkata dalam laman web AFC, www.the-afc.com.
Anggota Jawatankuasa Eksekutif AFC, Sayyid Khalid Hamed Al Busaidi menyampaikan anugerah tersebut kepada Rita.
Rita juga berharap dapat mencapai impiannya untuk menjadi salah seorang pengadil untuk Kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2015 di Kanada.
“Saya berharap anugerah seperti ini akan membawa saya lebih dekat untuk memenuhi impian itu,” katanya.
Sebagai rekod, Rita terbabit dalam enam perlawanan iaitu tiga sebagai pengadil dan tiga sebagai pegawai keempat perlawanan pada Kejohanan Piala Asia Wanita AFC 2014 di Vietnam.
Pada kejohanan itu, Rita mengadili perlawanan separuh akhir antara Korea Selatan dan juara bertahan Australia.
Rita juga mengadili empat perlawanan dan bertindak sebagai pegawai keempat dalam dua perlawanan pada pusingan kelayakan Kejohanan Wanita Asia Bawah 16 Tahun 2015 tahun ini.
Selain itu, beliau juga menjadi pengadil dalam tiga perlawanan termasuk perlawanan penentuan tempat kesembilan pada Piala Algarve 2014 di Portugal, Mac lepas.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/11/10/sasaran-12-pengadil-separuh-professional-menjelang-2016/
Sasaran 12 Pengadil separuh professional menjelang 2016
SHAH ALAM, 10 November:
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan untuk melahirkan antara 10 dan 12 pengadil separuh professional menjelang 2016.
Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata badan induk itu akan berusaha melahirkan pengadil-pengadil yang memenuhi kriteria sebagai pengadil separuh profesional dalam tempoh tersebut.
“Dengan adanya pengadil separuh profesional ini, kita berharap untuk melahirkan beberapa pengadil profesional pada masa akan datang…saya tidak boleh kata bila tetapi saya sasar menjelang 2020.
“Bagi menjayakan hasrat ini, semua aspek termasuk program pertukaran pengadil ke negara-negara yang berjaya melahirkan pengadil peringkat dunia akan dijalankan. Dengan bantuan UEFA dan FIFA, saya harap usaha kita ini berjaya,” katanya.
Untuk rekod, sehingga 2014, Malaysia mempunyai 176 pengadil bertauliah.
Tengku Abdullah berkata FAM akan terus mengadakan beberapa siri program bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengadil di Malaysia dalam usaha memartabatkan profesion tersebut.
“Saya berharap mereka (pengadil) sedar apa yang diperlukan untuk menjadi pengadil yang baik pada masa depan. Kita akan terus adakan kursus semata-mata untuk tingkatkan mutu pengadilan.
“Saya mahu pengadil kita jadi pengadil yang berkualiti bukan hanya sekadar pengadil ‘kampung’. Saya mahu mereka ke Piala Dunia, itu seharusnya menjadi penanda aras kita,” katanya.
Tengku Abdullah juga menasihatkan agar tidak wujud gejala mengatur perlawanan atau ‘bookie’ dalam kalangan pengadil serta pemain.
Sementara itu, legenda pengadil antarabangsa, David Roland Elleray yang turut hadir pada program berkenaan, berkata tidak ada halangan bagi sesiapapun untuk mencapai matlamat menjadi pengadil yang baik.
“Saya di sini untuk mengkaji struktur (pengadilan). Saya berharap saya dapat membawa pengalaman dan nasihat kepada pengadil di Malaysia. Selepas saya membuat pemantauan terutama dalam kalangan pengadil muda, mereka sangat terbuka untuk maju ke hadapan.
“Mereka sedia belajar dan berubah. Saya rasa struktur pengadilan Malaysia lebih mantap berbanding 2004 ketika saya pertama kali berkunjung ke sini,” katanya.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/08/07/howard-akhiri-25-tahun-kerjaya-pengadil/
Howard akhiri 25 tahun kerjaya pengadil
LONDON, 7 Ogos:
Howard Webb telah mengakhiri 25 tahun kerjayanya sebagai pengadil untuk mengambil peranan teknikal dengan badan pentadbiran.
Webb yang dihormati mewakili England pada empat kejohanan antarabangsa utama dan mengadili perlawanan terakhir beliau di Brazil 2014 apabila tuan rumah bertemu Chile.
Perlawanan ini berakhir apabila tuan rumah mengalahkan Chile dalam sepakan penalti.
Secara umumnya Webb dianggap pengadil Inggeris terbaik dan beliau amat dipuji untuk tindak balas cepatnya apabila pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba jatuh akibat diserang jantung dalam perlawanan Piala FA di Tottenham pada Februari 2012.
Pada tahun 2010, beliau menjadi orang pertama untuk mengadili perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan Piala Dunia pada tahun yang sama.
Beliau juga dikenang kerana gagal untuk mengeluarkan Nigel de Jong dari padang kerana tendangan kung-funya ke dada Xabi Alonso apabila Sepanyol mengalahkan Belanda dalam perlawanan akhir piala dunia 2010 di Johannesburg.
‘Saya amat teruja untuk memulakan lembaran baharu dalam kerjaya saya,’ kata Webb.
Webb juga pernah ditegur kerana dikatakan memihak kepada Manchester United dan pemain sayap Liverpool, Ryan Babel didenda untuk memuat naik gambar Webb memakai baju MU di Twitter.
Michael Owen beri penghormatan kepada Webb, berkata: ‘Saya tahu kerjaya pengadil tidak mudah dilakukan oleh sesetengah pihak tetapi Howard Webb, boleh dikatakan pengadil yang terbaik di dunia dalam beberapa tahun yang lepas.’