New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/08/26/10-terbunuh-dalam-rempuhan-upacara-keagamaan/
10 terbunuh dalam rempuhan upacara keagamaan
Rempuhan berlaku di sebuah kuil Hindu di tengah India menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh orang lagi cedera, pada Isnin.
Menurut pegawai, kejadian ini merupakan kejadian terbaru di majlis keagamaan besar-besaran yang diadakan di India.
Beratus-ratus penganut agama Hindu berkumpul di bukit suci di Madhya Pradesh untuk melakukan upacara keagamaan yang antaranya berguling di atas tanah di sepanjang ‘jalan ibadat’ di sekitar kawasan berkenaan, kata pegawai.
Tali yang direntang untuk memastikan penganut berada dalam kawasan yang ditentukan terputus menyebabkan orang ramai panik ketika upacara keagamaan diadakan di Chitrakoot di bahagian timur.
Rakaman berita menunjukkan mayat mangsa diletakkan bersebelahan sementara pakaian dan kasut bertaburan di sekitar kawasan.
Sementara itu, anggota keluarga yang bersedih atas kejadian itu dilihat membantu polis mengangkat mereka yang cedera ke dalam ambulans.
“Keadaan masih lagi kelam kabut dan padat tetapi polis dan ambulans dapat ke lokasi,” kata pegawai di bilik kawalan polis, Vinay Kumar Singh kepada AFP.
Penganut berkumpul di bukit Kamadgiri, 520 kilometer dari Bhopal untuk upacara Somvati Amavasya, upacara untuk bulan baru sebagai menghormati Dewa Shiva.
Penganut akan berguling mengikut pusingan jam di “laluan ibadat” sepanjang lima kilometer di sekeliling bukit, yang mempunyai beberapa kuil di bahagian bawah bukit.
Oktober lalu, kira-kira 115 penganut mati terhimpit atau lemas di sebuah jambatan dekat sebuah kuil Hindu di Madhya Pradesh.
Pada 2006, satu rempuhan di luar kuil yang sama di Datia menyebabkan 50 orang terbunuh ketika menyeberang sungai, menyebabkan pihak berkuasa membina jambatan.