Vitamin C Meningkatkan Tahap Glutathione Dalam Darah Satu kajian melaporkan bahawa pengambilan 500mg Vitamin C sehari meningkatkan kepekatan gluthathione di dalam darah sebanyak 50%. Jadi Bagaimana Vitamin C Mencerahkan Kulit? Vitamin C penting dalam mencerahkan kulit kerana saintis telah mendapati bahawa cara kulit kita mengimbangkan antara pigmen yang lebih cerah (pheomelanin) dan pigmen gelap (eumelanin) adalah bergantung kepada gluthathione, L-cysteine dan enzim TYRP1 itu. Oleh kerana Vitamin C telah terbukti secara saintifik meningkatkan tahap gluthathione dalam darah, adalah benar bahawa Vitamin C mencerahkan kulit. Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cerah pengambilan Vitamin C adalah super duper penting. Dan perlu juga diingatkan, Vitamin C adalah vitamin larut air, ianya tidak dapat disimpan di dalam badan. Oleh itu, Vitamin C perlu diambil secara harian. #pengedarshakleesarawak #cantik #vitaminc #kolagen #setkulitshaklee












