New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/07/ahli-parlimen-klang-beri-amaran-adanya-penghasut-dalam-kitalawan/
Ahli Parlimen Klang beri amaran adanya penghasut dalam #KitaLawan
KUALA LUMPUR, 7 Mac:
Selepas pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Noor Rashid Ibrahim yang mengisytiharkan bahawa perhimpunan #KitaLawan adalah harram termasuk ucapan yang akan disampaikan nanti bersifat ‘hasutan’, Ahli Parlimen DAP mempersoalkan mengapa polis menggunakan perkatan ‘kekerasan jenayah’ ke atas orang awam.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago turut mempersoalkan sama ada ancaman polis bermakna adanya ‘rancangan rahsia’ dengan kehadiran “agent provocateurs” (polis berpakaian biasa) untuk menghasut peserta perhimpunan, hari ini.
“Sudah beberapa kali berlaku spekulasi apabila perhimpunan bertukar huru-hara, ia adalah disebabkan adanya penghasut yang mengganggu perhimpunan aman.
“Rakaman video menujukkan orang awam sentiasa menjadi mangsa kekerasan anggota polis yang menggunakan meriam air, gas pemedih mata dan bertindak secara fizikal untuk mengusir penunjuk perasaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Charles menjelaskan perhimpunan itu bukan atas niat penganjur atau peserta memberi ancaman kepada kerajaan tetapi hanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan.
Katanya, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan meluahkan rasa tidak puas hati dan untuk mengingatkan ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membenarkan ruang demokrasi di negara ini dengan menghapuskan undang-undang yang menyekatnya (perlaksanaan demokrasi).
“Tapi nampaknya beliau tidak mengendahkan Akta Perhimpunan Aman di Parlimen dan sekarang Akta Hasutan yang beliau janji untuk hapuskan, digunakan untuk menyekat ahli politik dari pembangkang, ahli akademik, kartunis, penunjuk perasaan yang berhimpun di jalan-jalan demi mahukan keadilan atau sesiapa saja yang Najib fikir boleh terus menggugat kerajaannya yang lemah itu,” kata Charles.
Beliau berkata lagi, perhimpunan itu bukan sahaja mahukan menunjukkan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara lima tahun, tetapi untuk menunjukkan bahawa rakyat sudah muak dengan kerajaan sedia ada dan mahu hak-hak mereka dipenuhi.
“Tunjuk perasaan ini adalah untuk menggesa kerajaan bekerja untuk rakyat dan bukan memenuhi poket masing-masing,” katanya.
Perhimpunan #KitaLawan yang bermula jam 3 petang ini turut menerima sokongan daripada dunia luar.
Perhimpunan yang sama bakal dijalankan di Adelaide, Canberra, Geneva, London, Melbourne, New York, San Francisco, Shanghai, Taipei dan Washington DC.










