New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/07/07/peraturan-baru-penerbangan-lebih-ketat
Peraturan baru penerbangan AS lebih ketat
Penumpang kapal terbang tidak akan dibenarkan membawa peralatan elektronik yang tidak boleh dihidupkan.
Ini adalah sebahagian daripada langkah keselamatan pihak berkuasa Amerika Syarikat yang diumumkan pada Ahad, menurut laporan berita RTE News.
Penumpang dari Eropah dan Asia Tenggara terpaksa menjalani ujian keselamatan yang ketat sejak beberapa hari lalu.
Langkah keselamatan yang ketat ini diambil kerana terdapat kebimbangan bahawa militan al-Qaedah membangunkan bahan peledak baru yang boleh dibawa naik ke dalam pesawat tanpa dikesan.
Pemeriksaan ditumpukan kepada peralatan elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan menambahkan kebimbangan pelampau seperti al-Qaeda akan menggunakan peralatan elektronik begini sebagai taktik terbaru mereka mensasarkan serangan yang melibatkan pesawat.
“Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai mungkin akan meminta pemilik untuk menghidupkan peralatan elektronik mereka termasuk telefon bimbit,” kata Pengurusan Keselamatan Pengangkutan AS (TSA) dalam satu kenyataan yang menambah semua peralatan elektronik akan diperiksa oleh pegawai keselamatan.
“Peralatan elektronik yang tidak dapat dihidupkan tidak akan dibenarkan dibawa naik ke dalam pesawat. Penumpang juga mungkin terpaksa melalui proses pemeriksaan tambahan,” katanya.
“TSA akan terus menyesuaikan langkah keselamatan dan memastikan tahap keselamatan penerbangan ini tidak akan terlalu menyusahkan penumpang.”
Tidak dapat dipastikan sama ada langkah ini diambil hanya terhadap penumpang di lapangan terbang AS atau turut dikenakan terhadap penumpang yang datang ke AS, tetapi BBC melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow juga antara lapangan terbang bukan AS yang dikenakan peraturan baru itu.