Dalam semua novel, saya sertakan catatan berupa lampiran ilmu yang berkaitan dengan cerita. Ia sama ada satu atau lebih lampiran. Salah satu sebabnya ialah saya mahu nyatakan bahawa ceritera dalam sesebuah novel walaupun fiksyen, tetapi ia berdasarkan sebuah kajian, pemahaman, ilham dari Allah, dan persepsi saya sebagai penulis. Dalam novel BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON yang ditulis bersama dengan Tuan Khairy Tajudin, terdapat 3 LAMPIRAN. Saya kongsikan sebahagian LAMPIRAN III untuk rujukan dan pemerhatian tuan dan cikpuan. >>>>>>>>>>>>>> . Petaka Armagedon – Sebuah taakulan hadis Selain tohmahan 'ulama lawan profesional' dalam gerakan Islam kontemporari, telah lama kita dengar 'Islam moderate', 'Islam fundamentalis' dan 'Islam radikal'. Siapa yang memberi nama-nama itu, yang bertujuan untuk mengadu-domba sesama Islam dalam suatu harakah Islamiah dan di antara gerakan Islam? Ayuh buka mata hati kita, bersama. Ia didogmakan oleh gerakan Zionis-Yahudi dan disokong secara besar-besaran oleh Rumah Putih Amerika Syarikat. Di belakang tabir ialah anasir fitnah Dajjal yang sudah lama diberitakan oleh Rasulullah SAW, bahkan sudah diberi amaran seawal era Nabi Nuh a.s. lagi. Walhal istilah itu tiada dalam gerakan Islam. Islam tetap Islam, satu-satunya. Walaupun demikian Rasulullah SAW sudah memberi peringatan khas berkenaan aliran dan fahaman di akhir zaman, seperti berikut: Auf bin Malik melaporkan, Rasulullah SAW bersabda, “Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di syurga dan 70 golongan di neraka. Nasara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di syurga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di syurga dan 72 golongan di neraka." . Lalu Baginda ditanya, 'Wahai Rasulullah siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?' Baginda menjawab: 'Al-jamaah'." (Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Kitabul Fitan) . #WebSutera #Baitulmaqdis #PerangArmagedon #PerangArmagedon #TrilogiArmagedon #Trilogi_Armagedon #Dajjal #IbrahSejarah #ThrillerSejarah #ThrillerFantasi #NovelBestseller #NovelTerlaris https://www.instagram.com/p/Boi0Vv4Bns5/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=10pemmban7xfe














