Sebelum menulis siri pertama novel Trilogi Armagedon, yakni PERANG ARMAGEDON, saya membaca, menelaah dan mengkaji berpuluh sumber rujukan. Antaranya ialah kitab EDISI ISTIMEWA 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN, huraian kepada lebih 160 hadis pilihan ini. Kemudiannya trilogi ini bersambung dengan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON dan MAGEDDO: PETAKA AHZAB. Bahkan insya-Allah ia akan bersambung lagi, seperti harapan ramai pembaca karya-karya ini. Saya tergerak hati untuk menelaah lagi kitab ini, dengan niat untuk berkongsi, justeru beberapa asbab kejadian mutakhir di Timur Tengah dan kemelut di Al-Quds. Dan juga mahu menyerap aura hadis-hadis akhir zaman sebelum menekuni siri ke-4 Armagedon. #WebSutera #TrilogiArmagedon #trilogi_armagedon #PerangArmagedon #Baitulmaqdis #PetakaArmagedon #MageddoPetakaAhzab #Ahzab #NoToTrump #NoToIsrael #AlQudsForIslam #VivaPalestine #VivaGaza #SavePalestine #SaveGaza #NovelisRakyat #Jihad #SaiFai #ThrillerSejarah #Armageddon #Armagedon