Perkara-Perkara Penting Selepas Perkhawinan
Perkhawinan adalah peristiwa yang sangat penting kepada bakal calon suami isteri. Perkhawinan juga adalah saat dimana mereka menjadi pasangan sah. Pada saat ini mereka akan berkongsi kehidupan antara satu sama lain. Setiap perkara yang berlaku didalam setiap perkhawinan hendaklah berbincang dahulu bersama pasangan sebelum membuat keputusan. Setiap keputusan dalam perkhawinan akan menjejaskan perkhawinan mereka. Setiap perkhawinan mempunyai kehidupan masing-masing dan setiap permasalahan juga berlainan.
Ada beberapa perkara penting boleh dijadikan panduan dan peringatan setiap pasangan yang baru berkahwin. Perkara pertama ialah tanggungjawab. Apabila setiap pasangan sudah menjadi pasangan sah, tanggungjawab mereka adalah bergantung antara satu sama lain. Suami isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing sama ada didalam pekerjaan dan dalam kekeluargaan. Oleh itu, suami isteri hendaklah mengenalpasti dan berbincang tentang kekeluargaan. Tambahan pula, jangan lupa tanggungjawab kepada keluarga mereka masing-masing. Jangan sesekali melupakan keluarga dikampung terutama ibu bapa masing-masing.
Seterusnya ialah keputusan. Setiap keputusan yang berlaku didalam kekeluargaan hendaklah dibawa dibincang sebelum membuat keputusan. Setiap keputusan yang dilakukan didalam kekeluargaan akan memberi impak kepada keluarga sama ada impaknya adalah baik atau buruk. Oleh itu, perbincangan itu penting kerana setiap perbincangan akan dapat mengenalpasti sama ada keputusan yang akan dilakukan memberi impak baik atau buruk.
Selain itu ialah perancangn kewangan. Berlakunya perkhawinan, bebanan akan dipikul oleh setiap pasangan akan makin bertambah. Terutama bebanan kewangan. Contoh bebanan kewangan ialah mambayar duit rumah jika membeli rumah. Kebanyakkan setiap pasangan akan membeli rumah untuk memberi privasi dan masa rehat kepada ibu bapa masing-masing yang telah menjaga sekian lama. Kewangan terhadap keperluan rumah juga penting. Oleh itu, pentingnya mempunyai perancangan kewangan. Salah satu perancangan kewangan ialah membahagikan kewangan kepada beberapa bahagian. Contohnya ialah kewangan hutang-hutang seperti rumah, kenderaan dan lain-lain. Selain itu, kewangan keperluan rumah seperti makanan, barang mandi dan lain-lain yang berkaitan. Jika mempunyai bahagian lebih, boleh digunakan untuk benda-benda penting atau simpan untuk kegunaan masa depan.
Perkara lain yang boleh dijadikan panduan ialah masa. Masa adalah penting setiap orang yang hidup dimuka bumi. Setiap saat boleh mengubah sesuatu perkara jika digunakan dengan baik. Menggunakan masa sepenuhnya pada sesuatu perkara dan tidak membahagikan dengan betul, tidak baik dalam menguruskan hidup. Terutama sudah mendirikan rumah tangga. Pengurusan masa penting di dalam rumah tangga kerana dapat mengetahui perkembangan dan masalah yang dihadapi oleh pasangan atau keluarga terutama kedapa mempunyai anak. Anak ini memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya sendiri kerana tanpa ibu bapa mereka akan terasa tertekan disebabkan persekitaran mereka yang mempunyai ibu bapa. Oleh itu, pasangan hendaklah menguruskan masa dengan sebaiknya sama ada pekerjaan, keluarga masing-masing dan anak-anak.
Perkara penting yang terakhir ialah hubungan berjiran. Apabila mempunyai rumah jika sudah berkahwin, hendaklah memperkenalkan diri kepada jiran-jiran rumah sekeliling. Perkara ini dibuat kerana untuk memberitahu jiran-jiran sekeliling rumah itu sudah ada penghuni. Tambahan pula, jiran-jiran boleh memberitahu kepada penghuni rumah jika mempunyai masalah kepada rumahnya. Contohnya pagar rumah tidak terkunci walaupun rumah tiada orang. Ini kemungkinan pencuri pecah masuk rumah. Jiran boleh telefon penghuni jika rumahnya ada orang lain duduk bersama mereka. Jika tidak, boleh menelefon polis dengan kadar segera. Banyak lagi kebaikan berjiran. Oleh itu, janganlah sombong dengan orang sekeliling tidak mengira bangsa dan agama.















