ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua. Tahun ini, saya sempat menghantar #KadRaya berupa #PoskadRaya daripada @poskankad kepada beberapa teman dan keluarga. Agak sukar untuk mendapatkan alamat penerima pada zaman sekarang. Data yang tersimpan pun dah bertahun lamanya. Entah ada penghuni yang sama atau sudah berpindah. Kali ini juga, norma baharu diperkenalkan atas dugaan COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Dan cara kita menyambut Hari Raya juga berbeza. Ditegaskan untuk penjarakan sosial, tradisi kunjung-mengunjung dan salam bersalaman tidak digalakkan. Namun, ucapan secara Online adalah sesuai dan kemudahan teknologi ini sangat membantu pada saat ini. Tapi bagi yang terpisah jauh, tidak dapat beraya bersama, sentuhan tradisional dengan menghantar kad Raya kembali menjadi pilihan mereka. Kalau dahulu, sukar untuk kita berkomunikasi dan berkunjungan, kad Raya lah peneman bagi yang berjauhan. Dengan bermodalkan setem, kad Raya dinantikan oleh semua warga tak kira tua dan muda. Si penerima akan tersenyum atau menahan rindu apabila membaca ucapan yang dikirim samada daripada anakanda, ibunda, ayahanda, saudara mara, sahabat handai atau kekasih hati. Saya juga dapat merasakan keseronokan menulis ucapan, menampal setem, meletakkan ke dalam peti pos. Lain rasanya dari menaip pada skrin telefon. Bagi yang sudah dapat, terimalah buah tangan daripada saya. Moga tercipta memori indah dan gembira hendaknya di bulan Syawal ini. Yang masih menunggu, kita bagi posmen beraya dulu. Selepas Raya, akan tiba harapnya. Bagi yang berminat untuk merasa pengalaman ini, boleh DM alamat, nanti saya pos lagi. Kita kan Raya sebulan. 💠💠💠 (at Kulim) https://www.instagram.com/p/CAiIAzSHF1o/?igshid=j1644x2wvpe5











