28 Mei 2018, 9:08PM. . Menangislah sebelum Ramadhan Pergi. . Menangislah saudara ku. Menangislah. Sebelum Ramadhan Pergi. Kita pernah berjanji akan mengkhatamkan Al-Quran. Kini setelah Ramadhan tiba, kita tak juga berganjak dari juzu' awalan. . Menangislah saudaraku. Menangislah. Sebelum Ramadhan Pergi. Kita pernah berjanji akan menyempurnakan 'qiyamulail' yang kosong dalam amalan. Kini setelah Ramadhan tiba, kita tak juga menyempurnakan bilangan. . Menangislah saudaraku. Menangislah. Sebelum Ramadhan Pergi. Kita telah berdoa sejak Rejab dan Sya'ban agar 'disampaikan' ke Ramadhan. Kini setelah Ramadhan tiba. Ternyata kita masih juga tak mampu menahan diri dari kesia-siaan. Ternyata kita masih juga tak dapat menambah ibadah yang sunat. Malah, Sering terlambat dalam menunaikan yang wajib. . Menangislah, Wahai saudaraku. Menangislah. Biar butir-butir airmata bening itu menjadi saksi di yaumil akhir (Hari Terakhir kita). Bahawa ada seorang hamba yang bodoh, lalai, sombong dan terleka. Sehingga Ramadhan yang mulia ini pun kita jadikan sia-sia. . Menangislah saudaraku. Menangislah. Dan lunaskan semuanya malam ini. Mulakan dengan i'tikaf yang belum kita kerjakan. Diatas lembaran Al-Qur'an yang menunggu untuk dikhatamkan. Diatas lembaran mata wang sedekah yang menunggu untuk disalurkan. Diatas solat sunat yang menunggu untuk menjadi amal tambahan. . Menangislah. Kuatkan lagi tangisan mu. “Kerana Allah tidak menjanjikan apa-apa pun untuk Ramadhan tahun hadapan. Apakah kita masih disertakan. Atau pun sudah dihentikan.” . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #muhasabahiman #ikutcarakita #fatehteam #pesanpadahati #thedaiegraphy #kebaikan #peringatan #peringatanbersama #kallafah #abbasyislamicdesign #cahayaislam #ramadhan #ramadan #ramadhankareem #ramadhanalmubarak #marhabanyaramadhan #ramadhanterakhir






