Inilah kisah semalam, 🤣 Cik Abg kite Rafek Rafek punyalah semangat 💪🤩 pakai tag pelekat waktu Job IKEA sampai ke Saidina Cafe & Catering lupa nak ditanggalkannya. Segan aihhh kite nak berdinner romantik cenggini. 😅 .: • Syukur ke hadratNya, selesai sudah Job Seni Dekorasi Lantai di Ikea Tebrau bersempena Hari Deepavali yang bakal menjelang tak lama lagi. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Visual rekaan grafik yang telah dihasilkan diinterpretasikan dengan begitu amazing sekali oleh my dearest team mate menggunakan gabungan beras berwarna sebanyak 13 warna semuanya. I’m so in love with the final output. Hope my client will love it too. 😍🤩👍🌟🌟🌟 .: • Pada mulanya agak kaget untuk menerima cadangan pihak klien yang meminta corak kuda instead of peacock sebagaimana kelazimannya. Kami berusaha untuk berunding sambil mengambil kira isu-isu sensitif yang bakal timbul. Apapun my klien ada sebab yang tersendiri untuk highlight keunikan ‘Kuda Dala’ ini. .: • Kuda Dala (atau Dalahäst dalam bahasa Sweden) adalah kuda kayu yang diukir atau dicat secara tradisional dari daerah Dalarna yang menjadi simbol Sweden. Di Dalarna, tukang kraf terus mengukir kuda-kuda kayu kerana ia telah diukir selama lebih 400 tahun. .: • Semoga hasil rekaan Seni Dekorasi Lantai yang indah ini memberikan keceriaan dan santapan mata untuk ketenangan jiwa buat semua pengunjung Ikea Tebrau sepanjang bulan Oktober 2019 ini. .: • #dayudesigns #senidekorasilantai #kolamdesign #ranggoli #muggu #IkeaTebrau #dalahorse #kudadala #happydeepavali #happydeepavali2019 #diwalidecorations (at IKEA Tebrau, Johor Baharu, Johor Darul Takzim) https://www.instagram.com/p/B4weO4igXNj/?igshid=1y1rgb9aprqui











