New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/12/25/ranking-tidak-penting-rashid/
Ranking tidak penting - Rashid
KUALA LUMPUR, 25 Disember 2014 :
Setelah menyaksikan ranking nombor satu dunia terlepas ke tangan jaguh dari China, Chen Long, ramai yang menyatakan simpati dan melihat keadaan ini merupakan situasi yang sukar untuk pemain badminton utama negara, Datuk Lee chong Wei, baru-baru ini.
Tidak mahu situasi ini berlarutan sekaligus memburukkan lagi keadaan, ketua jurulatih badminton negara Rashid Sidek menyeru kepada semua pemain badminton negara untuk menjadikan insiden ini sebagai pemangkin semangat mereka pada masa akan datang, lapor portal berita Astro Arena.
Sementara itu, Rashid turut menyifatkan kehilangan status pemain nombor satu dunia itu tidak perlu dipandang secara serius dan diratapi oleh Chong Wei kerana masih banyak lagi perkara yang perlu beliau fikirkan.
“Pada pendapat saya perkara yang penting ialah Chong Wei dapat kembali beraksi cemerlang dan menjuarai kejohanan-kejohanan akan datang.
“Ranking dan status sebagai pemain nombor satu dunia ini adalah bonus kepada pemain yang telah berusaha sepanjang musim,” ujar Rashid seperti dilaporkan oleh Astro Arena.
Chong Wei telah didapati positif dengan penggunaan dadah terlarang dexamethasone di Kejuaraan Dunia Ogos lalu.
Kegagalan dalam ujian doping itu menyebabkan pemain negara itu digantung selama dua bulan sekaligus merencatkan peluang pemain negara itu mengutip mata dan hanya mampu melihat Cheng Long menjulang kejuaraan siri Super Denmark sekaligus merampas status pemain terbaik dunia.















