14 October 2020. . "Bertemanlah dengan sahabat yang baik" . Hidup kat dunia ni, kita tak boleh sorang-sorang. Sebab nanti mati pun, orang lain juga akan angkat mayat kita masuk ke liang lahad. . Sebab tu, kena cari sahabat yang baik, sahabat yang selalu ada dengan kita masa susah, dan masa senang. Kalau korang ada sahabat yang macam tu, jagalah baik baik. Susah nak dapat tau. . Bila Allah hantar sahabat seperti itu, maknanya Allah nak kita belajar sesuatu, kita belajar dari dia, atau dia belajar dengan kita. Hidup ini tentang belajar kuat bersama-sama. Sebabnya, kita dibesarkan dengan pengalaman dan cara yang berbeza. . Alhamdulillah, aku bersyukur dengan asbab terjun ke dunia sukarelawan, aku jumpa ramai sahabat-sahabat yang baik, berlainan latar belakang, namun tidak kekok dengan segala macam pertolongan, nasihat. Walaupun ada benda yang kecil aku rasa tak boleh hadap, aku akan cari seseorang untuk aku bercerita. . Beb, dengar luahan perasaan pun dah kira satu pertolongan yang besar! Sebab dia dah bantu ringan kan beban kita. Memang hidup ni jangan menyusahkan orang, jangan menyusahkan sesiapa, tapi hakikatnya, kita tak kuat bila sorang sorang. Allah tempat kita mohon pertolongan, dan Allah dengar rintihan kita, hantarkan seorang Sahabat yang baik untuk ada dengan kita. Bersyukurlah untuk memiliki teman teman yang selalu positif saat kita jatuh. . Mungkin benda ni nampak kecil, tapi tidak pada aku. Kata-kata Imam As Syafie — "Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah erat-erat dia, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman ‘baik’ itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali" . Sayang sahabat, doakan sahabat-sahabat kita, tanya khabar sahabat sekali sekala. Moga kita tetap bersama dalam Syurga. Terima kasih bagi aku tumpang rezeki sahabat-sahabat yang baik. Rasa kurang percaya diri aku dulu, kalian lah yang banyak bantu. Kerana kalian lebih percaya aku, dari aku percaya diri sendiri. . Terima kasih Allah! ❤ #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #sahabat #sahabatsyurga #syurga (at In Their Hearts) https://www.instagram.com/p/CGSqMyjipEb/?igshid=1or68vy0xst4m














