9 April 2018 10:40PM. . Cerita #SCKLM2018 semalam. . Bermula jam 4 pagi. Masa ni Baru baik dari demam, batuk dan selsema masih belum pergi. Lebih dari 11K penyertaan untuk 42KM. . Sepanjang perjalanan, tak terputus langsung dengan manusia, penuh jalan raya dengan tema tshirt warna hijau daun pisang sempena 10 tahun Standard Chartered running event. . Untuk KM10 pertama, boleh maintain pace lagi. Sampai di KM15 tiba-tiba terdengar ada orang jerit, "Laju-laju nak pergi mana, semayang dulu" bila tengok jam, dah pukul 6 lebih. Waktu subuh dah pun masuk. Masa tu dekat dengan dua petrol pam, depan sikit ada surau. Tapi tak muat semua. . Jadi yang mana boleh solat dekat kaki lima petrol pam tu, solat dulu. Niatnya mula nak jaga wudhuk dari mula run, tapi tak lama run dah terkentut-kentut, sebab angin. Memang kena ambil wudhuk lain. . Usai solat, terpandang satu orang lelaki melayu, duduk kat tembok, sambil perhati orang lain solat. Dia pakai short pants, tapi tak pakai inner kat dalam. Bila perhati muka dia, mesti dia rasa menyesal tak pakai inner, kalau tak, boleh join berhenti solat. Semoga Allah beri kemudahan buat dia. . Terus sambung perlarian. Sampai di KM21. Ingatkan dah habis. Rupanya masih berbaki 21KM lagi dihadapan. Lupa yang join event 42KM. Masa tu mental dh mula koyak, habis dah buat ayat manis untuk diri sendiri, untuk kaki. . Dalam berlari tu, sekali sekala melihat kaki yang sedang melangkah, bersyukur Allah beri kaki untuk kita melangkah, melangkah jauh lihat segala-galanya, ambil ibrah dan sebagainya. Ada dalam ramai-ramai tu, terpandang seorang lelaki berkerusi roda, tiada kaki. Dia hanya menolak kerusi roda dengan tangannya. Kau rasa? . Di KM terakhir, masa tengah berjalan, tiba-tiba disambut oleh cikgu PIBG sekolah dan cikgu Jasmani sekolah hutan melintang. Disuruh berlari hingga ke garisan penamat. Masa tu dh nampak kawan-kawan yang dah sampai awal melambai-lambai. . Begitulah kisah minggu lalu saya dan rakan-rakan menyertai larian merentas bandar sejauh 42KM. Alhamdulillah, dengan izinNya, kami berjaya sampai sebelum COT. . Cukuplah untuk kali ni, kalau ada lagi pun, mungkin kena train harder. Tak cukup beb training dengan 10km setiap minggu.