Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid: Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kemarahan saya apabila mendapat maklumat tentang seorang gadis bawah umur didakwa telah dirogol oleh pegawai penyiasat polis setelah anak gadis itu melaporkan bahawa dia telah dirogol bapa tirinya. Kedaulatan undang-undang tidak mengecualikan sesiapa pun, pegawai yang terlibat mesti dikenakan hukuman yang berat jika didapati bersalah. Pihak polis perlu sedar bahawa mereka tidak kebal dari tindakan undang-undang sehingga boleh sedemikian berani untuk berbuat sesuka hati & menyangkakan mereka akan terlepas begitu sahaja. #seridelima #bukitbendera #N032 #P048 #parlimenmalaysia #kdn #kedaulatanrakyat (at Penang Island) https://www.instagram.com/p/Cm_0e8uvOqM/?igshid=NGJjMDIxMWI=











